Monday, 15 August 2011

~ .. DiArI cInTa AM + IEZA .. ~

Assalamualaikum !

Kpd smue f0llower , ary nie Iza hepi sngat .. Firstly , sbab hajat untuk hadiahkan 'BUAH HATI TECINTA' a.k.a ABDULLAH MUNIB  ,,, dah tercapai ... alhamdulillah , cume , yg sdihnye .. tdy ptang 4 kali dye misk0l Iza . tpy Iza x angkat p0n , c0z mase tu Iza t'tid0 .. i'm s0 sorry syg , ana aasifah .. plez f0rgive me ! sadis bt0wl !
http://www.emocutez.com
waaaa !!!!




Secondly , t0day .. kteowng kena wat pembentangan tntang sin0psis yg telah kteowg wat ab0ut n0vel .. wal0pon hnya dpat 4 bintang .. tpy lpas je abes bace , Iza dpat tepukan yg gemuruh dry kwan2 .. wah ! sungguh terharu 
http://www.emocutez.com
muah ! love u all!


Taj0k n0vel Iza ialah "~ .. DiArI cInTa AM + IEZA .. ~"

s0, hayatilah cerita yg telah Iza wat nie .. hehe :

        Cinta datang dalam berbagai jenis rasa dan perasaan. Ada cinta untuk duniawi, ada cinta untuk harta benda, ada cinta untuk sesama insan, dan ada juga dinamakan cinta buta. Tetapi hanya ada satu cinta yang kekal dari dulu sehingga kini…Iaitu  cinta kepada Yang Maha Esa. Tidak ada cinta yang lebih sempurna dari cinta kita kepada-Nya. Malah, cinta kita tidak akan luntur tetapi akan lebih kuat didalam sanubari kita sebagai hamba-Nya yang lemah.
            Diari Cinta Am + Ieza mengisahkan tentang seorang gadis yang begitu istimewa bagi Am. Dia ialah Nur’ Izzati atau lebih dikenali sebgai Iza. Iza juga seorang yang lemah lembut serta pandai menjaga hati kawan dan guru-gurunya. Disebabkan itu, dia disayangi ramai. Akan tetapi, dia seorang yang lemah semangat. Setiap kali dia dalam keadaan sebegitu, pasti akan keluar cecair merah dari hidungnya. Sampai ke satu tahap, dia boleh pengsan tidak sedarkan diri. Juga seorang yang nakal dan happy-go-lucky.
           Lain pula cerita si teruna ini. Nama sebenarnya ialah Abdullah Munib atau nama macho dia ialah Am. Dia berperwatakan nakal, akan tetapi kuat akan ilmu agamanya. Seringkali membantu guru serta rakannya yang berada dalam  kesusahan. Berpegang pada prinsip iaitu ‘No women in happy life’ . Akan tetapi telah melanggar prinsipnya itu disebabkan seorang gadis.
          Cerita bermula apabila Iza menyakat Am di laman sosial ‘Facebook’ mengatakan Am menyukai sekuntum bunga yang mekar dalam kelasnya sendiri. Bunga itu ialah Nurul Syahira Syazwani atau lebih popular dengan gelaran Wani. Walaubagaimanapun, dalam kesibukan menyakat Am , Iza sebenarnya menyimpan perasaan suka terhadap Am. Disebabkan rupa paras serta kelakuan Am yang berjaya menambat sekeping hati yang keras. Akan tetapi, Iza terpaksa memendam perasaan tersebut kerana pada waktu itu , Am memang benar-benar menyukai Wani.
             Tanpa diduga, hati lelaki Am juga turut menyimpan perasaan suka kepada Iza. Cuma, dia takut untuk meluahkan perasaannya terhadap Iza. Takut cintanya akan di tolak habis-habisan oleh bulan yang sentiasa menerangi malamnya. Dengan kuasa Allah S.W.T , Am mendapat kekuatan untuk meluahkan segala apa yang tersirat dan tersurat didalam hatinya terhadap sang bunga yang sering diimpikan. Ternyata, cinta Am tidak bertepuk sebelah tangan. Iza menerima Am sebagai kekasih hatinya. Dengan itu , terbitlah satu cinta yang diberi kepada Am dan Iza.
            Mereka hidup bahagia sehinggalah bekas kekasih Am datang menghantui hidup mereka berdua. Akan tetapi , Iza sabar dengan ketentuan Ilahi kerana dia percaya , Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirinya. Begitu juga dengan Am , walaupun terkadang perasaan cemburu Iza tidak dapat dikawal oleh Iza sendiri , maka Am hadir untuk menyembuhkan perasaan itu.
            Cinta Am dan Iza teruji apabila hubungan yang selama ini cuba disembunyikan oleh pengetahuan guru-gurunya, akhirnya terbongkar disebabkan kecuaian Iza. Ketika itu , telefon bimbit Iza telah dirampas oleh salah seorang guru di Sekolah Menengah Sains Johor. Mereka telah dipanggil oleh guru disiplin yang berlainan. Iza dipanggil oleh Ustazah Siti Azmah, manakala Am pula dipanggil oleh Ustaz Syed Zainal Zulkefli. Walaubagaimanapun , Am tidak menyalahkan Iza atas apa yang terjadi. Bagi diri Iza pula, dia amat menyesal akan tindakannya yang telah menyebabkan hubungannya dengan Am terputus kerana Am tidak lagi memakai telefon bimbit yang membolehkan mereka berhubung selama mereka menjalinkan ikatan cinta. Meskipun begitu, Iza tidak mudah menyerah kalah dengan memutuskan hubungannya dengan Am. Dia berikhtiar untuk meneruskan ikatan cinta ini walaupun tanpa telefon bimbit bagi menjadi penghubung di antara mereka berdua.
              Segala usaha yang Iza lakukan berhasil dengan kerjasama rakan-rakannya iaitu Natasha, Hafizah, Hanida, dan Nasuha. Merekalah yang sentiasa memberi Iza semangat untuk tidak mudah berputus asa selagi belum mencuba untuk memulihkan ikatan cinta antara Am dan Iza. Bermacam-macam idea yang telah disalurkan oleh rakan-rakannya untuk membantu Iza dalam memulihkan percintaan rakannya iaitu Iza. Antaranya, mereka mencadangkan Iza membuat satu ucapan untuk Am didalam perhimpunan mingguan di sekolah mereka. Nasib baik ketika itu, mereka berlima ditugaskan sebagai pengacara dan membantu menyampaikan hadiah. Iza betul-betul bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada dirinya. Walaupun terasa malu tetapi Iza tetap dengan keputusannya untuk meneruskan ucapannya bagi memulihkan percintaan dia dengan Am. Ramai guru yang faham akan nasibnya dan turut bersimpati. Tetapi ada juga guru yang buat endah tak endah saja akan kewujudan Iza didepan.
               Ketika Iza berucap , Am telah ditugaskan untuk menjaga barisan pelajar bagi memudahkan dan melancarkan program yang akan berlaku pada hari itu. Tetapi , Iza kurang bernasib baik. Sampai sahaja ingin masuk isi yang ke dua , dia telah pengsan di atas pentas dan menyebabkan suasana menjadi huru-hara . Ramai yang tahu apa punca Iza menjadi seperti itu. Am yang pada mulanya menjadi pendengar setia akan setiap butir perkataan yang dikeluarkan dari mulut Iza , tiba2 menjadi seorang yang cemas dan takut melihat Iza berkeadaan sebegitu. Am bergegas ke atas pentas lalu mengangkat Iza untuk dibawa ke bilik rawatan. Dalam beberapa minit kemudian, Iza terbangun dari lena yang sekali-kali dia tidak mahu ia terjadi selama ini. Sejak peristiwa itu , hubungan Munib dan Iza bertambah baik dan semakin baik.
               Dalam kegembiraan mereka berdua, sebenarnya ada satu jiwa yang sangat terluka hatinya dan berjanji akan membalas dendam terhadap mereka berdua. Sememangnya, hati itu sangat terluka semenjak Am dan Iza mula-mula bercinta lagi. Dia cemburu akan keakraban Am dan Iza. Sungguhpun begitu, dia terpaksa menahan dendamnya supaya apa yang dirancangkan tidak akan terbongkar meskipun terpaksa membalasnya sehingga akhir hayatnya. Dia ialah bekas special girlfriend Am yang dikenali sebagai Sharifah Awani. Awani perasan dirinya seorang ‘DIVA’ walaupun dia hanyalah junior kepada Iza. Telah banyak rancangan yang telah dilakukan untuk memisahkan Am dan Iza , tetapi kesemuanya tidak berjaya. Justeru itu, dia tidak akan berputus asa untuk memisahkan mereka berdua.
              Kehangatan cinta antara Am dan Iza membara sehingga ke alam pekerjaan. Iza dan Am berjaya mencapai cita-citanya ingin menjadi seorang doktor yang berjaya di Malaysia. Baik-baik Iza tidak berminat untuk mengambil bidang kedoktoran, tetapi demi buah hati tercinta, dia sanggup membuang rasa takutnya menjadi seorang doktor. Bukannya apa , Iza Cuma takut untuk melihat darah. Disebabkan itu sebelum mengenali Am , dia tidak berminat menjadi seorang doktor. Tetapi, semua orang mahukan perubahan dalam dirinya. Jadi, dia telah mengikut jejak langkah buah hatinya tercinta atau bakal suaminya tidak lama lagi untuk menjadi seorang doktor. Rupanya dalam sibuk belajar , Am telah melamar Iza untuk menjadi permaisuri di hati Am. Begitu gembiranya Iza pada waktu itu hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Akan tetapi, dalam hangat bercinta ditambah lagi dengan ikatan pertunangan , mereka berdua tidak lalai untuk meneruskan tanggungjawabnya sebagai pelajar dan juga sebagai anak-anak yang membanggakan ibu dan bapa mereka. Akhirnya, semua yang berlaku tidak sia-sia.
            Sibuk dengan ‘title’  doktor  yang baru dipegangnya beberapa bulan, Iza dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang amat Iza kenali. Dia ialah Awani, bermacam-macam ugutan yang diluahkan akan tetapi satu pun ugutannya tidak membuat Iza merasa gentar. Malah , dia akan berusaha untuk melarang Awani untuk melakukan tindakan yang diluar jangkaannya. Ternyata Awani tidak bermain, dia telah mengupah beberapa orang untuk menculik Iza pada hari pernikahan Iza dan membuat ugutan jikalau ingin Iza selamat , batalkan perkahwinan mereka. Am begitu kaget dengan apa yang berlaku dan telah mebuat tindakan melulu. Dia telah membatalkan majlis pernikahannya dengan Iza semata-mata untuk menyelamatkan Iza. Akan tetapi, Iza tidak boleh terima hakikat dan alasan yang diberikan oleh Am. Sungguh kecewa hati Iza hanya Allah sahaja yang tahu. Dengan itu, ketawalah syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia itu.
            Setelah beberapa minggu pernikahan antara Am dan Iza dibatalkan ,hubungan di antara mereka mulai renggang. Ini menyebabkan Awani mula memainkan wataknya. Bermacam-macam fitnah yang telah ditaburkan oleh Awani kepada Iza dan mengatakan bahawa Iza telah melakukan hubungan sulit serta curang terhadap Am. Siap ditunjukkan bukti gambar Iza dengan salah seorang Tan Sri di Malaysia ini kepada Am. Betapa bodohnya Am keran mudah sahaja mempercayai apa yang dikatakan oleh Awani . Sebenarnya Am masih sayang dan cintakan Iza. Begitu juga dengan Iza. Tetapi disebabkan ego yang terlalu tinggi didalam diri Am serta fitnah yang telah dibuat oleh Awani dan Am mempercayainya bulat-bulat, Am sanggup memutuskan tali pertunangannya dengan Iza dan menjalinkan ikatan pertunangan dengan Awani semata-mata ingin membuat Iza cemburu. Iza tidak boleh menerima hakikat dirinya telah dilakukan sebegitu rupa dan membawa dirinya jauh ke kota London. Begitu lebat hujan turun menyimbahi kota London , begitu lebat la air mata yang menitis keluar dari tubir mata Iza. Begitu kecewa dengan tindakan Am yang mudah mempermainkan hati perempuannya.
              Bagi Am pula , dia begitu terseksa dengan pemergian Iza ke kota London. Bukan Am tidak mampu untuk mengejar Iza, tetapi ugutan demi ugutan yang telah dibuat oleh Awani yang membuatkan Am tidak boleh melakukan apa-apa dan hanya mengikut telunjuk Awani sahaja seperti orang dipukau. Sesungguhnya , Allah itu Maha Besar , lagi Maha Mengetahui akan baik buruk sesuatu perkara. Setiap yang dirancang oleh Awani telah dirakam olehnya. Setiap gerak geri Awani sentiasa diekorinya. Rupanya Awani seorang pengedar dadah malah seorang penjenayah yang di cari selama ini oleh pihak polis. Begitu terkejutnya Am , apabila mula-mula mengetahui yang merancangkan segala pernikahan antara dia dan Iza terbatal adalah Awani. Kerana selama ini, dia menganggap Awani seorang yang baik dan mampu menjadi isteri yang taat kepada suaminya. Rupa-rupanya dia silap kerana terlalu percaya akan kata-kata dan pujuk rayu Awani. Akhirnya, apa yang diimpikan tak dapat , yang ada tidak jadi dan Awani telah ditangkap atas tuduhan membuat fitnah, mengedar dadah , dan merancang penculikan. Sekarang dia betul-betul menyesal kerana terlalu percayakan Awani berbanding bekas tunangnya , Iza. Dia betul-betul menyesal dengan tindakan bodohnya sehingga sanggup meminta ampun dan maaf kepada ibu bapa Iza kerana telah melakukan tindakan yang begitu bodoh dalam hidupnya.
                  Demi menebus kembali kesalahan yang telah dibuat olehnya terhadap bekas tunang tercinta, dia sanggup terbang ke kota London bagi mencari cinta yang selama dua tahun menghilang. Didalam hati Am hanya berdoa dan terus berdoa agar dirinya diterima kembali oleh si bunga yang membawa diri dan hati yang lara ke kota ini. Rupanya si kumbang mendapat kejutan yang besar apabila mengetahui si bunga telah menjadi milik orang. Begitu kecewa hati apabila Am mendapat tahu Iza sudah berkahwin dengan salah seorang rakan karibnya, Syed Sofi Shah. Luka di hati berdarah lagi, sekarang baru Am tahu bagaimana terseksanya ditinggalkan oleh orang yang dicintai. Tetapi Am sudah tidak boleh buat apa-apa. Terpaksalah dia meredhai tentang segala yang terjadi. Akhirnya Am pulang ke tanah air dengan membawa sekeping hati yang terluka.
                   Sudah seminggu Am pulang ke Malaysia, dan sudah seminggu jugalah Am tidak pergi ke kerja. Dia seolah orang yang hilang pertimbangan hidup, hidupnya seperti tidak terurus. Badan semakin kurus seperti orang tidak makan setahun. Begitu sadisnya melihat keadaan Am seperti itu. Yang paling risau akan keadaan Am ialah ke dua orang tuanya. Mereka sanggup merayu kepada Iza untuk membantu memulihkan semangat Am. Sedih hati mendengar berita yang keluar dari mulut bekas bakal mertuanya itu. Menyesal pulak Iza mempermainkan hati sang pungguk yang tengah rindukan bulan itu. Iza pulang ke Malaysia bagi memulihkan keadaan yang tunggang-langgang .. Ternyata dengan kembalinya Iza ke tanah melayu ini memberikan impak yg cukup besar terhadap perubahan Am. Iza meminta maaf tentang apa yang terjadi. Sebenarnya dia telah diberitahu oleh ibunya tentang kejadian yang telah berlaku kepada Am dan Awani. Serta kedatangan Am ke kota London untuk mencari Iza. Disebabkan itu, Iza telah meminta bantuan dari seorang abang angkat serta rakan karib dia dan Am untuk membantu Iza menguji cinta Am terhadap Iza. Iza ceritakan segala kisah yang berlaku kepada dirinya selama dia berada di London. Selesai sahaja Iza bercerita , Am meminta ampun dan beribu-ribu maaf terhadap Iza kerana telah meninggalkan Iza tanpa sebab yang jelas. Sesungguhnya , Am begitu menyesal melepaskan Iza pergi.
                 Akhirnya, cinta di antara Am dan Iza kembali berputik sehingga ke alam perkahwinan dan berharap kekal sehingga ke akhir hayat mereka . Dengan rezeki dan nikmat yang telah Allah berikan , mereka telah dikurniakan cahaya mata dan diberi nama “Qaisara Nur Amieza Asyiqin”, gabungan antara name Am dan Iza yang membawa maksud “ Permaisuri cahaya yang bijaksana pencinta. Permaisuri yang berjaya lagi bijaksana membina ‘jambatan’ yang dijadikan hubungan untuk bertemu dengan cahaya pencinta. Cinta yang hanya menjadi milik Am dan Iza berdua… AMIN !!


Huhuhu , best x ? h0pe best ler .. Iza wat sin0psis nie smpai k0l 3 au .. pnat giler !! da rase ngant0k je dlm klaz ..
http://www.emocutez.com
ngant0k giler !!


p/s: .. CERITA NIE SBENARNYE ADE YG BERKAITAN DGAN ISAH IDOP IZA , N ADE YG X ... S0, IZA NK CKAP YG IZA SYGKAN MUNIB ! HOPE CINTA KITA TERJADI SPETI CINTA AM N IZA NIE .. AMIN !!