Wednesday, 28 December 2011

Menghitung Hari..~

Assalamualaikum...

Jawab salam Iza yer sayang semua.. Hehehe,, ape khabar CIK COMEL and ABANG HANDSOME.. ??? Mesti semua orang da siapkan persiapan untuk persekolahan 2012 kan.... Iza je belum beli apa-apa lagi.. Baju pon belum buat, hehehe...  Alamaklumlah, ibu busy dengan kerja-kerja.. Iza adik-beradik duduk rumah terperap je.. Nasib badan... Hohoho..~

Aiisshhh!! Kawan-kawan seangkatan Iza nie dah ready untuk ke sekolah ker??? Dah siap semua peralatan?? Dah tanamkan azam di dada??? Hope semuanya dah tersedia...

Iza pulak,, di dada sudah tanamkan keazaman yang baru,,, hidup yang baru.. Cuma, peralatan sekolah belum beli lagi.. Hehehe, harap esok pagi dapat lah pergi shopping.. Tak sabar nie nak sekolah.. Dah terngiang-ngiang suara bisikan sekolah memanggil... But ! Cuma satu tabiat Iza je yang kurang boleh dilupuskan.. Cuti nie Iza selalu online FB.. Kadang-kadang buka blog.. Tengok entry terbaru kawan-kawan Iza.. Hurmmm, harap-harap naik sekolah ni kurang sikit tabiat itu..

Okeyla, selain persiapan peralatan sekolah , pakaian dan sebagainya.. Kita juga perlu mempersiapkan diri kita.. Janganlah asyik nak cantik je, semua nak perfect.. Tapi, bila dah sekolah.. Ada yang ponteng kelas la.. Itulah, inilah..So,from now.. Kita kena ubah sikap kita kepada negatif menjadi positif.. Jangan terlampau mengikut arus kemodenan.. Ececeh ! Macam la Iza nie baik sangat...

Iza bukannya tak baik, cuma Teerrrrnakal sikit.. Tu je.,

Hehehe


Eh ! Kenapa tiba-tiba letak gambar Iza nie..??? Hohohoho..~ Saje nak cari populariti...Hikhikhik..~

Takdelah.. Saje je nak promote muka.. Mana la taw dapat jodoh dari blog ker.. Hahahaha, buat perubahan.. Selama nie asyik 'Facebook' , 'Twitter' or lain-lain laman sosial dapat populariti.. Sekarang ubah pulak, blog yang menjadi pujaan hati.. heheheh

Takdelah, Iza takde masa semua tu.. Yang penting sekarang pelajaran Iza.. Tahun depan Iza dah nak PMR.. So, kena ready dari sekarang.. In the same time ... Iza rindu sangat kat kawan-kawan Iza... Dah lama tak jumpa diaorang.. Sihat ke tak erk?? Yang selalu berhubung dengan Iza melalui telefon Nida, kadang-kadag Fiza... Tasha and Suha kat FB.. almaklumlah, mahal sangat nak mesej diaorang,.. Kita kena jimat kredit.. Hahaha.. 

(CAKAP JELA KEDEKUT !!)

Banyak sangat kenangan kitaorang bersama yang tak boleh Iza lupakan.. Kitaorang bergaduh sama-sama, ketawa sama-sama.. Menangis sama-sama.. Aiishhhh ! Nasib baik tak tidur sama-sama.. Hehehe, jangan pikir lain.. Dalam hati Iza sentiase berdoa agar cepatlah naik sekolah.. Akhirnye, dalam beberapa hari saja lagi Iza bakal naik ke sekolah sebagai salah seorang calon PMR.. hohoho..~

Tu lah tajuk entrynye 'Menghitung Hari' ... 

Mengitung hari , detik demi detik...

Alamak ! nak menyanyi pulak.. Hehehe.~ Suare sedap takpe gak.. Nie dah macam ayam berak emas.. WOOOwww!! Kaya tauke ayam tu... HEHEHE.~

Dan Iza tak sabar tunggu hari Jumaat.. Sebab masa tu adalah hari pendaftaran persekolahan bagi sesi 2012... Ahhhhh !!! Bestnye !! Tak sabar nak jumpe kawan-kawan.. Hehehe, Iza nak merempit hari Jumaat nie dengan kawan-kawan. Harap semuanya berjalan lancar.. Semoga tak ade apa-apa yang berlaku.. 

Okeyla, Iza nak tidur dulu.. Mata nie macam lalok pulak.. So, Iza hadiahkan korang beberapa gambar kenangan dan pantun khas untuk kawan-kawan Iza semua nie..





KHAS UNTUK KAMU SEMUA..:


Lima ekor anak ikan,
Jatuh seekor tinggal empat;
Salam ku hulur tanda ingatan,
Moga terhibur duhai sahabat.

Awan putih di langit biru,
Burung camar berlega-legar;
Kerana kasih kita bertemu,
Moga kekal terus bersinar.

Rumah api teguh di tanjung,
Jadi panduan kapal di laut;
Dua hati kukuh disambung,
Persahabatan kuat memaut.

Empat perahu tersusun rapi,
Lama berlabuh tiada batuan;
Bila bertemu senang di hati,
Saat berjauhan rindu-rinduan.

Bayu laut menyapa pipi,
Pohon nyiur bagai melambai;
Wajah seraut terbayang kini,
Rindu berbaur kasih tersemai.

Budak-budak bermain air,
Simbah-menyimbah bersuka-suka;
Diri hendak berada hampir,
Berkongsi kisah suka dan duka.

Berbuih-buih air dikocak,
Mula jernih menjadi keruh;
Berkasih-kasih semua hendak,
Jerih-perih harus ditempuh.

Kapal layar di tengah laut,
Ditiup angin sampai ke pantai;
Jangan dibiar luka memaut,
Aku ingin jadi pendamai.

Naik kapal pergi seberang,
Kapal berlabuh pulau satu;
Rasa janggal ada bersarang,
Hairan sungguh tidak ku tahu.

Indah hari mentari bersinar,
Ramai orang bermandi-manda;
Dalam hati seperti tercalar,
Bila jarang bersua muka.

Laut luas biru airnya,
Cantik pasir halus memutih;
Sudah puas aku bertanya,
Mengapa hadir rasa merintih?

Awan berbalam nampak memutih,
Angin menderu awan pun hilang;
Hati di dalam bagai merintih,
Mungkin rindu datang bertandang.

Tapak sulaiman lima bucu,
Nampak kaku tapi hidupan;
Kita berkawan bukan baru,
Apa terbuku sama luahkan.

Cengkerang siput dikutip orang,
Buat hiasan di dalam rumah;
Tiada luput kasih dan sayang,
Kerana Tuhan budi dicurah.


Bunyi ombak menderu-deru,
Memukul pantai tiada berhenti;
Bukan hendak mengadu-ngadu,
Hanya menyampai rasa hati.

Istana pasir di tepi pantai,
Runtuh rata dilanda ombak;
Dikau hadir membawa damai,
Walau sengketa kadang mendesak.

Bendera putih di atas menara,
Berkibar-kibar ditiup angin;
Kerana kasih kita bersama,
Percaya sabar jadi pemimpin.

Anak ketam jalan mengiring,
Jalan mengiring berpasang-pasang;
Ingin teman sama seiring,
Sama seiring bersusah senang.

Kuning merah warna serasi,
Hijau biru tetap idaman;
Jangan marah duhai dewi,
Senyum selalu cantik menawan.

Arus disekat pantai berbatu,
Pantai barat dilanda gelora;
Moga selamat bahagia hidupmu,
Penuh berkat Allah Taala.



Nota KaKi:
Pssst..! pantun tu copy n paste je.. hehehe


- MA'AS SALAMAH -