PAUSE HERE

Saturday 30 June 2012

Ke"PELIK"kan melanda diri.

ASSALAMUALAIKUM.


muke pelik la sngat.. =..="


Apa khabar stalkers? Hehe, bertemu kita lagi ya. Dalam 1 hari Iza update 2 entry. Huhu, Iza sebenarnya tak ngantuk lagi. Tak tahu nak buat apa, update blog jela. Lepas nie, InsyaAllah busy and focus with homework. 

Hari ini Iza nak share sedikit berita tentang result Mid-year test yang lepas.. 

But, sebelum tu. Pada hari Jumaat yang lepas *Eceh! Macam nak buat karangan pulak.* Bersamaan dengan 29 June 2012 sekolah Iza telah mengadakan HARI TERBUKA.. *Wah! Budak-II kalau dengar ada hari terbuka. Mulut semua terlopong. Jantung berdup dap, dup dap.. Hehe, kta la tu..Takut sangat nak berdepan dengan cikgu. Nak dengar segala kelemahan yang ada pada diri kita.

Haha, Iza lettuw. Serius! Memang berdebar-debar masa tunggu giliran Iza.. Lagi-II bila Pn. Junaida (GURU B, INGGERIS) menjadi peneman setia  Pn. NORIATY (GURU KELAS) masa hari terbuka tu.. Lagilah meremang bulu roma den. Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah pon tiba. Dalam masa tu, nasib Iza dok kena berdepan dengan Pn. Junaida.. 

Sesampai sahaja di depan , Iza suruh encik duduk. Lepas tu, start lah perkara yang merunsingkan hati Iza lagi tadi.. Nasiblah tak lama, Teacher siap puji lagi yang Iza selalu bantu dia, tiada masalah dalam pelajaran.. *Alahai, masa ni Iza rasa hidung Iza kembang kuncup je. ehehe, (BUKAN RIAK EA..)

Lepas je sesi temuduga habis. Iza kelik dengan encik. Sebelum tu, Iza round satu sekolah sebab nak cari adik Iza. Punyalah berlenggang dia jalan. Aiissshh, sabar jela.. Satu yang Iza pelikkan. Biasanya encik, ibu, atok akan memberi khidmat nasihat yang percuma kepada Iza. Tapi result kali ni, macam tak ada ape-II yang berlaku. PELIK ! =.="

Maybe sebab cikgu cakap keputusan Iza nie bagus, ada peningkatan hanya perlu berusaha lagi.Encik terus tak nak komen pape kot. Hehe.. Cuma satu hal menjadi isu.. Guru-guru pasti pantang mendengar pasal "muka buku" A.K.A "facebook".. Hehe, hari tu Pn. Junaida sampai menjerit dengar perkataan tu. PELIK! =.="

Kemungkinan guru-guru tak nak anak muridnya terjebak dengan kelalaian bermain FB je.. Aisshh, penyakit FB, TWITTER, BLOGGER nie dah semakin merebak. Ape ingat semua benda nie takde virus ke? Lagi besar taw virusnya. So, untuk tidak lalai dalam pelajaran. Haruslah dicegah dari awal. DENGAN MENUTUP AKAUN FACEBOOK, TWITTER, BLOG BUAT SEMENTARA WAKTU.. *eceh! Iza sendiri tak tutup lagi.. hehe, But kalau tak nak cuba cara ni. Cuba cara lagi satu. iaitu dengan jarang-II membuka FB.. InsyaAllah kita akan lebih focus dalam pelajaran.

*Huhuhu, menjadi pensyarah tak bertauliah sebentar.*

HA! lagi satu ke"PELIK"kan.. Tadi Iza buka 


So, lepas dah buka tu Iza try la checkedout result pertengahan tahun.. Yang mengejutkan Iza.. Iza dpat result yang nie.


4A4B . . HAHA, padahal 3A5B je. Iza check punya check. Rupanya, SCIENCE Iza dapat A daa.. Tapi, sejujurnya Iza dapat B.. aisshhh, untung ler.. Kenapa cikgu tak ikut dalam SAPS nie je yer? kalau tak untung Iza.. Dapat nombor 2 dalam kelas. Huhu..

Tapi, apa-II pun Iza bersyukur pada Allah sebab telah memberikan nikmat yang tak terhingga kepada Iza. Dan Iza sebagai pelajar harapan sekolah, tidak akan mensia-siakan tanggungjawab yang telah diberikan. Iza nak bahagiakan family Iza. Guru-guru Iza.. Harap impian Iza ni akan tercapai.. AMINNN!! (doakan yer..)

Dan alhamdulillah jugak sebab keputusan Iza meningkat. Walaupun hanya satu subjek, tapi sudah cukup bagi Iza... Iza harap trial yang akan datang resultnya lebih gempak dari result sebelum nie. AMIN !

KDK- Kedudukan Dalam Kelas.
KDT- Kedudukan Dalam Tingkatan.
ALHAMDULILLAH, MENINGKAT.

Okeyla ! da start mengantuk pulak. Go To Go.

- MA'AS SALAMAH -

NoTa KaKi:
Lagu blog Iza sedap tak??
*ceyt! xde kena mengena...

Hanya Kerana Membaca BLOG KAK DYA...

ASSALAMUALAIKUM..


TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA TELAH MEMBUKA PINTU HATIKU. SEMOGA NIATKU INI SENTIASA DIREDAI DAN DIBERKATI OLEH ALLAH. AMPUNKANLAH SEGALA SALAH SILAPKU KETIKA BERNAFAS DI BUMI MU INI YA ALLAH.. AMINN....

Apa khabar readers ..? Sihat semuanya? Iza harap perjalan hidup u all hari ini berjalan dengan lancar dan sentiasa diredai oleh Allah S.W.T . InsyaAllah.. AMIN ! ..  Sebelum tu, Iza nak share satu pic nie yer.. Kejap yer..

Ha ! Tengok bawah ni..

|
|
V

Saya hanya manusia biasa..


Ingat ! Iza tiada niat pon nak mengaibkan sesiapa.. Cuma anggap ini sebagai nasihat dan ambil pengajaran dari apa yang Iza share pada hari ini. 

Firstly ! Credit to KAK DYA. (Tepuk tangan sikit.. CLAP! CLAP! CLAP!).. Sebab bagi Iza share perkara yang baik ini.. Thanx my dear sister.. Meh! Pakat ramai-II serbu blog KAK DYA.. Sambil baca tu, jangan lupa follow yer. Kat bawah ni link Kak Dya..



Hehe, Jadi promoter sebentar bersama KitKat ! *Okey! Merepek..

Okey... Iza terbaca satu entry yang menarik minat Iza .


KEADAAN KITA APABILA DISERU MENITI TITIAN AS-SIRAT..




Tajuk ni jugak Iza dah belajar dalam bulan ni bagi matapelajaran PENDIDIKAN ISLAM. Masa ustazah memberikan tazkirah tentang tajuk nie. Hati Iza terdetik. Betapa banyaknya dosa yang Iza lakukan. Adakah Iza sebagai hamba Allah yang kerdil ini sanggup mengharungi segala keperitan di akhirat kelak. Sungguh, ketika ustazah memberikan keterangan tentang bab ni, air mata Iza mengalir. Tapi cepat-II cover.

ASTAGHFIRULLAHALAZIM. Dan sekali lagi Iza mengalirkan air mata apabila baca tentang MELINTAS DI TITIAN AS-SIRAT nie di blog Kak Dya. Pernah tak kita terfikir bagaimana kita melintasi titian Siratulmustaqim ni.  Huhh.. Iza dah terbayang segala-galanya. Nak mengahayati dengan lebih lanjut.

LET'S CHECK THIS OUT..

Allah S.W.T menyeru...  ""WAHAI MUHAMMAD! BAWALAH UMATMU UNTUK DIHISAB DAN LINTASKAN MEREKA DI ATAS SIRAT YANG DILEBARKAN.PANJANGNYA SEJAUH 500 TAHUN PERJALANAN!"




You see ! 500 TAHUN PERJALANAN! Pernah tak anda terfikir macam mana tu? Aisshhh, Kita yang hidup belum setahun ni pon dah berliku-liku perjalanannya. Lagikan 500 tahun. Tetapi, jika kita beriman kepada Allah, InsyaAllah kita akan dilindungi oleh-Nya.

Jom ke kisah seterusnya..

Ketika itu, Malaikat Malik berdiri dipintu neraka. Dia menyeru.. 
"WAHAI MUHAMMAD!SESIAPA YANG DATANG DARI UMATMU DAN BERSAMANYA ADA PELEPASAN DARI ALLAH S.W.T MAKA DIA AKAN TERSELAMAT!SEKIRANYA SEBALIKNYA,DIA AKAN TERJATUH KE DALAM NERAKA!WAHAI MUHAMMAD!KATAKAN KEPADA ORANG YANG DIRINGANKAN AGAR BERLARI!KATAKAN KEPADA ORANG YANG DIBERATKAN AGAR BERJALAN!"


Kemudian, Nabi Muhammad bersabda kepada Malaikat Malik.
"WAHAI MALIK!DENGAN KEBENARAN ALLAH S.W.T KEATASMU,PALINGKANLAH WAJAHMU DARI UMATKU SEHINGGA MEREKA DAPAT MELEPASI!JIKA TIDAK,HATI MEREKA AKAN GEMENTAR APABILA MELIHATMU!"


Dan kemudian Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad. Selepas itu, umat Nabi Muhammad dipecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada kita.

"IKUTLAH AKU WAHAI UMATKU DIATAS SIRAT INI"

1.Kumpulan pertama berjaya melepasi seperti kilat yang memancar.

2.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang

3.Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik

4.Kumpulan keempat seperti burung yang pantas.

5.Kumpulan kelima berlari

6.Kumpulan keenam berjalan.

7.KUMPULAN KETUJUH BERDIRI DAN DUDUK KERANA MEREKA DAHAGA DAN PENAT.DOSA-DOSA TERPIKUL DI ATAS BELAKANG MEREKA.NABI MUHAMMAD BERHENTI DI ATAS SIRAT.SETIAP KALI BAGINDA MELIHAT SEORANG DARI KITA BERGAYUT DI ATAS SIRAT,BAGINDA AKAN MENARIK TANGANNYA DAN MEMBANGUNKAN KITA KEMBALI.

8.SESIAPA YANG BERADA DI KUMPULAN KELAPAN AKAN MENARIK-NARIK MUKA  SENDIRI DENGAN RANTAI KERANA TERLALU BANYAK KESALAHAN DAN DOSA-DOSA.BAGI YANG BURUK,KITA AKAN MENYERU "WAHAI MUHAMMAD!" NABI MUHAMMAD BERKATA "TUHAN!SELAMATKAN MEREKA!SELAMATKAN MEREKA!"

9. DAN 10.SESIAPA YANG BERADA DI DALAM KUMPULAN INI,KITA AKAN TERTINGGAL DI SIRAT KERANA TIDAK DIIZINKAN UNTUK MENYEBERANG


SUBHANALLAH! BETAPA BANYAKNYA PERNGORBANAN NABI MUHAMMAD KEPADA KITA SEHINGGAKAN BAGINDA MEMBERIKAN SYAFAAT DAN MELINDUNGI  SERTA MENOLONG KITA. SEDANGKAN KITA, SERINGKALI LALAI DALAM KEHIDUPAN., LUPA UNTUK BERSELAWAT KEPADA BAGINDA, LUPA AKAN SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA. WALAUPUN KITA TAHU HANYA BAGINDA YANG DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT DAN MENOLONG KITA DI AKHIRAT KELAK.

Hendak ke kita mati dalam kejahilan? ataupun kesesatan..? Astaghfirullahalazim. Minta dijauhkan semua itu. Ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Jadi, mulakan lah dari sekarang dengan melakukan solat sunat taubat serta melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. 

Janganlah kita menjadi rupa sepuluh golongan yang telah ditukar oleh Allah S.W.T  dan tidak diwujudkan sebagai manusia yang sempurna lagi. Sepuluh golongan itu adalah:

Golongan pertama:Mereka digiring dalam rupa kera,mereka ini adalah manusia yang suka mengadu domba.

 Golongan kedua:Mereka digiring dalam rupa babi.Mereka ini adalah manusia yang suka makan barang batil dan haram.

 Golongan ketiga:Mereka dihalau dalam keadaan terjungkir,Kaki di atas dan kepalanya dibawah.Mereka ini adalah golongan yang makan harta riba'

 Golongan keempat:Mereka dihalau dalam keadaan buta dan dipimpin,mereka ini adalah manusia yang curang dalam menjalankan hukum

 Golongan kelima:Mereka digiring dalam keadaan bisu dan tuli dan tidak berakal.Mereka adalah manusia yang ria'

Golongan keenam:Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah mereka sendiri,sedang lidah itu menjulur ke bawah sampai dadanya dari mulutnya keluarlah nanah yang menjijikkan.Mereka adalah manusia yang ucapannya berlainan dengan perbuatannya

 Golongan ketujuh:Mereka dihalau dengan terpotong kedua tangan dan kaki mereka.Mereka ini adalah orang yang suka mengganggu tetangganya.

 Golongan kelapan:Mereka dihalau dengan mereka tersalib di pokok kurma,tetapi pokok kurma dari neraka.Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk membela penguasa negara yang tidak jujur kepimpinannya.

 Golongan kesembilan:Mereka dihalau dalam keadaan mereka yang berbau busuk lebih dari bangkai.Mereka adalah orang yang suka melampiaskan syahwat dan segala macam kelazatan serta menolak kewajiban yang Allah tetapkan

 Golongan kesepuluh:Mereka dihalau dalam keadaan menggunakan pakaian dari tir yang panas.Mereka ini adalah manusia yang sombong dan takbur.



So, Iza harap anda semua mengambil iktibar dari entry Iza kali ini,. Buatlah pilihan yang sebaik-baiknya. Sama ada ganjaran syurga yang kita mahukan ataupun balasan neraka yang perit kita inginkan. Semoga terhibur entry pada kali ini.. 

*Peace with love.. ^-^

- MA'AS SALAMAH -


NoTa KaKi:
Maaf jikalau ada tatabahasa yang salah,
Ataupun ayat yang tunggang langgang..
Sesungguhnya saya hanya insan biasa,,
Yang sentiasa melakukan kesilapan..
Harap diperbetulkan sekiranya terdapat kesalah.. 

ONCE AGAIN, CREDIT TO KAK DYA. ===>  dyapunyabelog.blogspot.com