PAUSE HERE

Friday 13 September 2013

AKU TERLUKA. =')

ASSALAMUALAIKUM

It's a long time tak update status. Last update pon 6 Jun. Pergh ! Lama gila. But,nak buat macam manakan. Iza dah duduk kat asrama ni memang susah nak update blog. Nak buka FB and Twitter pon tak boleh. Sedihkan pelajar asrama ni. It's okey la. Lagipon tak ada yang menarik minta untuk bukak semua tu. But today, tangan gatal nak update blog. Nasib baik tengah rajin sambil melayan mata.

Tapi Iza malas nak taip. So, dipendekkan cerita pasal Maaf. Hmm, sebab apa? Sebab hari ni hati Iza terluka disebabkan seseorang and now. Iza dah maafkan dia dah. but, untuk terima dia. Iza tak pasti.. Okey, we will start the updates with Bismillah..

Benarkah sudah memaafkan apabila masih memendam rasa terluka?

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Maaf. Satu perkataan yang mudah dilafazkan bagi kebanyakan orang.Terhiris dan terluka dalam perhubungan seharian dengan manusia yang lainnya saya kira semua orang pernah hadapi. Ada yang berselisih faham dengan sahabat sendiri. Ada yang menerima makian daripada orang lain hanya kerana membawa sesuatu yang betul. Ataupun, ada yang terluka kerana ditipu.Lalu, datanglah orang-orang yang pernah menyakitkan hati itu untuk memohon kemaafan. Walaupun dengan hati yang sakit dan tidak merelakan, perkataan ‘dimaafkan’ itu tetap dilafazkan kepada orang yang memohon maaf tadi. Tapi, maaf itu hanya sekadar perhiasan dibibir tetapi dihati masih memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri dari si dia yang pernah menyakitkan hati.Nah, adakah itu namanya benar-benar memaafkan?

Apabila Hati Terluka Dek OrangHidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka oleh orang lain adalah salah satu cabang daripada ujian ALLAh Ta’ala. Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin pada sindiran, mungkin dengan cara memburukkan atau mengumpat dibelakang, atau macam-macamlah cara yang anda ketahui.Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya hinggap didalam diri. Apabila lama memendam rasa sakit hati, maka dendam pula mengambil alih peranan.Kadang-kadang, apabila mendapat tahu si A mengumpat anda, rasa sakit itu itu akan serta merta muncul dalam diri. Kenapa? Mungkin rasa dikhianati. Mungkin rasa maruah tercalar.Baik. Itu perasaan yang normal pada seorang manusia biasa.Tapi, disaat manusia yang bersalah itu didatangi dengan perasaan berdosa dan datang kepada anda untuk memohon maaf dalam keadaan anda masih memendam rasa sakit hati, maka anda memaafkan kerana tercampak sedikit meluat melihat wajah si pesalah.Walaupun pada masa itu anda sebenarnya tidaklah memaafkan sepenuh hati.Adakah itu normal? Bagi Iza tidak.

Memaafkan Tapi Masih TerlukaApabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, percayalah.. Dendam itu akan tumbuh meliar dalam jiwa. Dan boleh jadi seseorang yang masih berdendam itu akan melakukan perkara-perkara yang lebih kurang sama dengan orang yang pernah mengaibkan atau menjatuhkan air muka seseorang itu.Iza kira, apabila seseorang itu kononnya memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bukanlah memberi kemaafan sebenarnya. Itu hanyalah suatu perisa yang menambahkan lagi dendam anda.Perlukan masa untuk pulih dari luka itu?Tiada masalah. Ambillah sebanyak mana masa yang anda mahu. Tetapi jangan cuba berbohong dengan diri sendiri apabila memberikan kemaafan kepada orang lain sedangkan saat itu jiwa anda membara-bara dengan melihat wajahnya. Ingat deh sahabat, orang yang bersalah, apabila datang kepada anda untuk memohon maaf dan anda memberi kemaafan tidak sepenuh hati, maka urusannya dengan anda telah selesai. Selebihnya, urusan anda dengan ALLAh Ta’ala pula.Sekali lagi, itu bukan memaafkan namanya!Bagi saya sendiri begini, sekiranya hati anda masih belum reda dengan kejadian yang berlaku dan apabila datang si A yang telah membuat hati anda sakit dan marah untuk memohon maaf sedangkan pada masa itu anda belum boleh memaafkan sepenuhnya, maka berkatalah padanya,“Berikan saya sedikit masa untuk biarkan hati saya reda dahulu.”Cara itu adalah lebih baik. Biar berterus-terang. Dan dengan cara itu, hati akan lembut sedikit demi sedikit kerana anda tahu, anda meminta diberikan masa untuk mengubati hati yang sedang sakit dilukai manusia lain. Maka dalam masa itu, anda akan cuba belajar untuk memaafkan.Jangan menganiayai diri sendiri dan orang lain yang memohon kemaafan daripada anda dengan memberinya ketaatan palsu. Mereka sebahagian daripada diri kita.

Hmm, begitulah ceritanya. Jadi, maafkan lah orang lain. Sebab tak ada orang yang sempurna kat dunia ni. And, sampai disini saja update Iza kali nie. Semoga berjumpa dilain hari. =)

- MA'AS SALAMAH -