PAUSE HERE

Saturday 31 March 2012

ALHAMDULILLAH~ Terima Kasih ya ALLAH..

ASSALAMUALAIKUM


Holla stalkers .. Dah lame rasanya tak update. Dah banyak sarang labah-labah melekat.. Almaklumlah, calon PMR 2012.. Busy dengan homework, kerja kursus and macam-macam lagilah.. Hehehe, takpe. Hari nie Iza nak luangkan masa Iza sekejap dekat blog nie. OOoops! Hampir terlupa .. I hope u all going better today. 

Dah berapa minggu ni Iza rasa happy sangat.. Hati pon rasa tenang.. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.. Dan terima kasih juga sebab telah memberi Iza kebahagiaan itu semua.. Amin..

Oooh ya ! Ujian Penilaian 1 dah selesai. Pejam celik, pejam celik da masuk bulan 4 kan.. Cepatnya masa berlalu.. Begitulah lumrah kehidupan.. Masa tak akan tunggu kita .. Right? Bulan 5 nie Iza ade mid-year exam.. Wah! berdebar-debar pulak. Wish me luck ya..

Hehe, nak cerita pasal Ujian Penilaian 1 Iza.. Pergghhh! memang teruk. Sebab masa exam tu. Iza ada masalah dengan hubby Iza.. Semua yang Iza belajar tak masuk, Iza betul-betul stress masa jawab periksa tu.. Rasa memang fail pon ada. But, dengan kuasa Allah.. Fikiran Iza kembali stabil. But, hati tetap gundah-gulana.. Percaya tak, Iza tak baca buku pon.. Dan hasilnya.. agak mengecewakan.. Mane taknya, study last minute. Itulah makannya !..

Takpe, Iza dah tekad. Mid year nie Iza nak buat betul-betul. Harap tak ada apa-apa berlakulah.. Yang boleh menyesakkan fikiran Iza.. Amin...

But, Alhamdulillah.. Sekali lagi Iza memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana semua masalah Iza dengan hubby dah selesai. Ternyata benarlah cintanya hanya untuk Iza.. Tapi hati Iza nie menafikannya.. Sebab apa, sebab perasaan cemburu tu terlampau kuat.. Sampaikan Iza cakap kat dia, tinggalkan Iza kalau betul sayang kat perempuan tu...

Iza bukannya apa. Cuma, i don't want banana fruit two times je.. Hati ni dah banyak sangat calar-balarnya.. Retak sana, retak sini.. Takut ia pecah dan hancur.. Tak dapat dipulihkan kembali. Sebab, Iza hanya manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang ade levelnya.. Kan-3??? So, tak nak itu semua berlaku. Kadang-kadang manusia nie kelakuannya diluar batasan..

Dalam Iza menahan kesabaran hati yang sudah dilukai itu. Hubby datang menghulurkan penjelasan agar Iza tak salah faham. Serious! Iza could not accept his reasons !! Tapi, tahu jela.. Bila hati dah sayang. Semuanya dimaafkan.Semuanya dibetulkan.. Aisshh, nampak sangat Iza ni terlalu capat percayakan orang.. Huhuhu, but.. Tak semua, hanya orang yang Iza sayang je.

Uhhhuuhh! Subhanallah... ! Allahuakhbar! Akhirnya, hubungan Iza dengan hubby kembali pulih.. Hari-hari yang berlalu terasa begitu indah. Seindah mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.. Eceh ! betulkan? Hehehe.. Tapi sekarang. Iza diburu rindu .. Iza rindu sangat kat hubby.. Dah seminggu lebih tak contact or text dengan dia.. RINDUNYA ! 

Tadi pon dapat lepaskan rindu sekejap je. Sebab dia ade homework yang kena buat..Takpe, Iza faham... Ok la, readers.. Iza penat.. want to sleep tight and have a sweetdreams... Hope esok boleh online lagi.. Hehehe..
Have a good day...
DDdddaaa....

-MA'AS SALAMAH-


NoTa KaKi:
Strengthen the heart
self determination
Do not give up easily
as long as there is still hope

Saturday 3 March 2012

Saya Nak Kulit Sihat ! awk??

ASSALAMUALAIKUM..

Fuhhh ! Lamanya Iza tak updatekan. Ala, bukan ada orang nak baca pon.. Hehehe, k la.. pape pon. Iza minta maaf sebab dah lama tak update. Busy semenjak naik form 3 nie. Sebelum Iza lupa, apa khabar my cute n handsome readers. I hope u all are in g0od health.. InsyaAllah..

Iza dah seminggu lebih sakit mulut, hari tu sampai tak boleh bercakap. Tapi, dipaksa jugak untuk bercakap. makan tak la, sebab sakit nak kunyah. Takpelah, dugaan dari Allah untuk Iza. Dah, dah.. Intro tak boleh panjang-panjang sangat. Nanti borink plak. hohoho..

Okey ! FOCUS ON TITLE. Hari ni, Iza nak share sedikit tips yang Iza dapat dari majalah Pengantin. Jom usha sikit... TIPS NI SESUAI UNTUK BAKAL-BAKAL PENGANTIN.. Yang belum nak naik pelamin pon boleh cuba jugak. Itupon, kalau ade mase.. hehe,, >,,<

15 TIPS KULIT SIHAT.... 

- Gabungan ekstrak kunyit hidup bersama susu jika dilumur ke seluruh tubuh selama 20 minit, tiga kali seminggu akan membantu anda menjadi lebih bersih dan sekata warnanya.

- Mandian bersama 1/2 cawan campuran madu adalah rahsia terbaik untuk mendapat kulit tubuh yang halus dan gebu.

- Kulit gelap di bahagian tengkuk dan bawah lengan memang boleh mengundang rasa malu jika kelihatan. Bagi menghilangkannya, campuran pati lemon, kisaran timun bersama sedikit serbuk kunyit diadun mesra.. Lumurkan di kawasan tersebut dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Jika diamalkan, kulit kembali cerah dan bersih.

- Mengembalikan kesegaran kulit tubuh, campurkan pati daun pudina bersama badam di dalam semangkuk air suam, Kemudian, lumurkan ke seluruh badan dan biarkan ia kering. Bilas menggunakan mandian air suam sekali lagi.

- Banyakkan makan makanan yang mengandungi asid lemak baik seperti Omega 3 yang banyak terkandung di dalam ikan, sayuran dan minyak sayur kerana ia baik untuk membantu pertumbuhan sel kulit baru.

- Digalakkan juga melakukan mandian susu kerana ia mampu membantu mengekalkan kadar kelembapan kulit, seterusnya melembutkannya..

- Minyak zaitun merupakan sumber vitamin E yang baik dan mampu menjadi bahan pelembap yang efektif untuk mengatasi masalah tumit kaki yang kering.

- Campuran pati lemon bersama air mawar boleh membantu menghilangkan kesan jerawat. Amalkan dengan sapuan ramuan tersebut ke bahagian berparut dan kemudian biarkan ia selama 30 minit sebelum dibilas. Jika diamalkan secara konsisten, kesan parut akan berkurangan.

- Makanlah kekacang seperti badam,'walnut' atau gajus untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan cantik.

- Pengambilan daging merah dan susu penuh krim (berlemak tinggi) secara berlebihan juga mampu merosakkan kulit.

- Jika anda mandi menggunakan air suam, hadkan waktu mandian selama 15 minit sahaja. Ini kerana, jika berendam terlalu lama, air tersebut mampu menghilangkan kandungan minyak semulajadi pada kulit dan akhirnya akan mengakibatkan kekeringan.

- Air kapur sirih dan limau nipis jika dicampurkan boleh dijadikan petua untuk menghilangkan kesan hitam di bahagian bawah lengan. Caranya mudah, hanya gosokkan ramuan tersebut dan lakukan secara konsisten.

- JIKA MENGALAMI MASALAH KEGATALAN KULIT, khususnya di sekitar peha. Amalkan mencucinya dengan air rebusan asam keping bersama sedikit garam.

- Ambil limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi. Amalkan petua ini secara konsisten untuk mengatasi masalah rekahan tumit kaki.

- Pati timun dapat membantu melembapkan kulit di samping menyegarkannya kembali.

ADUH ! Macam susah je nak buatkan.. Lagi-lagi nak dapatkan bahannya.. Tak susahla sayang..
Bak kata pepatah. "NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH"... So, berusahalah.. Ini pon bagi sesiapa yang ada masa. Iza pon nak cuba. But, not now.. Maybe masa nak naik pelamin. hehehe, kalau buat sekarang pon, maybe tak secara konsisten. Hohoh..~

Takpe, takpe. Yang penting, kita semua mesti menjaga kebersihan serta menjaga amalan pemakanan kita. Jangan terlampau ambil makanan berlemak. Hehe, dah macam doktor pulak. 

Okey, selesai sesi berkongsi tips kecantikan. Sekarang, Iza nak selitkan sikit dengan luahan hati Iza. 
Dah berapa hari ni, Iza tak mesej dia langsung. Call pon kadang-kadang. Huhhh, rindunya kat dia. Takpe, takpe.. Allah sedang uji kesabaran dan ketabahan Iza. Iza harap hubungan kami nie berkekalan. Dia pon cakap sanggup tunggu Iza. I hope so.. 

Sayang, Iza nak awak tau, Iza sayang kat awak. Cintakan awak. Iza tak boleh hidup tanpa awak. Terima kasih sebab faham dengan keadaan Iza sekarang. I really-II miss u sayang. Jangan tinggalkan Iza seorang diri di bumi Allah nie. Semoga ikatan kasih dan sayang kita kuat lagi jika dilanda ombak. Iza harap awak pon tabah hadapi dugaan ni. Bukan senang bercinta dengan Iza.. Iza harap, semua yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya. Semoga kebahagiaan milik kita berdua.. AMIN..~

Okeyla sayang semua.. Iza akhiri topik Iza hari nie dengan ASSALAMUALAIKUM..

- MA'AS SALAMAH -



NoTa KaKi:...
ALLAH always has something for you, a key for every problem, a light for every shadow, a relief for every sorrow & a plan for every tomorrow.




LAMHSM !