PAUSE HERE

Thursday 20 December 2012

❤ Apala Nasib Dapat Result . .

ASSALAMUALAIKUM

My ugly baby face .. :p

Holla to my SUPERB readers.. Awak, Awak.. Sihat tak? Kalau sihat ucapkan 'ALHAMDULILLAH' .. If not, I hope you will be better next day.. Lama rasanya tak update blog.

*Eh! Yeke? Rasa macam baru update minggu lepas, minggu lepasnya lagi..

Hehe, a'ah ye.. But, that time I was in KL la.. Now, menjejakkan kaki di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung.. *Cewah! .. Dah lama tak buat ayat bombastik ni...Seriusly Iza cakap, boring gila cuti ni. Tapi, dalam ke'BORING'an . Terselit ke'GEMBIRA'an . .

Okey, seperti yang awak, awak semua sedia maklum . . Semalam batch '97 telah selamat dalam peperangan ..  Walaupun keputusan kitaorang agak merosot . . TAPI ! SMK SENGGARANG TERUS MARA KE HADAPAN . . *jyeaahh!

Hissshhh.. tu yang bangga sangat tu... Tapi sedikit mendukacitakan . . Bilangan yang mendapat straight A's hanya 9 orang berbanding dengan tahun lepas , 13 orang .. Macam tak percaya je kan  . . Tapi , takpe .. Yang penting, batch kitaorang dah cipta sejarah bagi sekolah Senggarang . . *sedikit bangga . . Huhu..

So, nak dipendekkan cerita . .  Dalam pukul 9 pagi tu, Iza bangun sambil terpisat-pisat matanya . *Uisshh, cipta rekod Wwoo, cuti ni bangun awal. Selama ni bangun pukul 10 , 11  . . Hehe, terukkan anak dara ni.* Jangan tiru Iza ..
Dalam kepala otak Iza dah bermain-main dengan persoalan . *mana baju sekolah Iza campak, kasut sekolah belum kapur lagi, huiishhh.. Stokin pon aku sorok kat mana ntah . . 
Carik punye carik , akhirnya jumpa jugak  .
Dah siap streka baju, terus mandi . . Siap je mandi dah ready segalanya . . Macam transformer pon ye, tapikan. Yang peliknya, Iza tak rasa berdebar-debar sangat .. Tak tahulah kenapa. Cume, Iza banyakkan selawat jela . . Dalam tengah siap-siap tu, Kawan Iza datang. Rancang nak poie sekolah same-same . Dah ready semuanya, Jadi, bermulalah debaran seterusnya. Masa tu, parents hantar . .

Sampai je kat sekolah, tengok budak lain dah ada dalam dewan. Dalam hati terdetik. *Uit! kitaorang paling lambat ke ni.. 
Rupenye ada lagi lambat dari kitaorang. Tapi, masa masuk dalam dewan tu , semua orang tengok kitaorang. Punyelah bengang kan.. Buat derk jelah . . Da dapat tempat duduk. Ha! Masa tu Iza dah panas punggung da.. Tapi, hati Iza still tak berdegup sangat . Masa tu Iza dah target dah .
* AKU MESTI DAPAT 7A JE nie. .
Sebab , Iza double konpem yang BI Iza dapat B . . Masa jawab pon Iza main-main je . .

And then, bermulalah debaran apabila nama yang mendapat straight A's disebut. . Nama pertama yang disebut . Perghh ! sentap sikit .. Dah start berdebar-debar dah ni.

 MAZNI → ANG → MARYANI → HANIDA → IZZATI ..

What ?!! Nama Iza ada, macam tak percaya . . Perghh ! Swear ! Rasa dalam mimpi pulak . . Iza agak lepas Nida mesti Fizah . Jujur Iza cakap, Iza tak target pon dapat 8A . But, alhamdulillah .. Rezeki Allah namanya.. ALHAMDULILLAH ..

Kemudian . .

 NISA → GAN → ARINA → CHAU LI 

BARISAN PELAJAR YANG MENDAPAT 8A


Hehe, masa nak amik result kat atas pentas tu .. Iza menangis , . TERHARU !  Rasa nak menjerit masa tu pon ada jugak. But ! Cover, cover .. Nanti orang cakap OVER PULAK. . Selesai je nama pelajar disebut.. Kitaorang terus turun dan serbu cikgu kitaorang. . Memang best moment la masa ni. Memang tak mudah untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya kenangan mampu menggambarkan semuanya.  *eceh! Jiwang karat pulak..

Okeylah, Iza dah penat menaip. Takde idea pon yer.. Kita jumpa kat next entry ya.. SELAMAT PAGI. NYTE MY CHUMEL READERS . .

- MA'AS SALAMAH -


Hisssh, Iza tengah berperang dengan perasaan ni..
Nak pindah ke tak erk? 
Parents suruh pindah.. 
Tapi, hati macam tak nak . .
Tolonglah hambu-Mu ini, ya Allah . .

Thursday 29 November 2012

Jangan salahkan IBU MENGANDUNG ...

ASSALAMUALAIKUM.



Hye sweet stalkers! Apa khabar new readers..? Wish have a great day today... Dah lama rasanya tak update blog yang tak seberapa ni. Thanx for the readers yang membaca blog yang serba ringkas.. Iza very busy semenjak dua menjak, tiga menjak ni.. Eceh! lelebih pulak.. Huhuu..

Urm, Sekarang baru Iza tahu macam mana ibubapa Iza nak membesarkan.. Yela, cuti ni, Iza jadi baby sitter tak bergaji.. Bukan nak menunjuk atau mengungkit.. But, serius.. Penat nak jaga budak-budak kecik zaman sekarang nie. Diaorang lebih pandai dari orang tua.. Iyer, serius Iza cakap !

Tapi, normallahkan perasaan tu semua. Sebab kita nie manusia.. Selagi kita ni bergelar 'MANUSIA' di bumi Allah ni, Iza yakin kita tak akan terlepas dari kelemahan seperti tersebut.. Dan selagi kita bergelar 'MANUSIA' tak akan terlepas dari satu perasaan yag sukar dimengertikan.. iaitu.. 'CINTA' ... *wah! post jiwang pulak Iza malam ni..

Sering kali kita dengar..

CINTA ITU BUTA
Buta ke cinta? Cinta tak buta sayang.. Yang butanya manusia yang memainkan peranan dalam cinta ni.. *Maaf kalau ada terasa, sebenarnye perli diri sendiri..
Jangan salahkan cinta jika hubungan kita dengan si 'DIA' terputus di tengah highway. *eh! Highway pulok..


Cinta bukan sesuatu yang pahit jika kita mendalaminya.. Malah cinta itu adalah satu pengalaman yang ter'INDAH' .. 

Sebab apa..:
 => Melalui cinta itu kita dapat mengenali erti kehidupan..
=> Melalui cinta juga kita dapat mengenali erti kesetiaan..
=> Melalui cinta juga kita tahu menghargai seseorang..
=> Melalui cinta juga kita tahu erti kesedihan..


Macam-macam yang kita pelajari dari sebuah sketsa 'CINTA' .. Tapi, itu semualah yang mematangkan kita..

TAPI

Ha! Tapi lagi. Hehehe, urm... Perlulah kita bijak menguruskan nafsu kita.. Yela, supaya tak terjebak ke kancah maksiat.. # Maaf jika ada tersakiti seseorang.. Hanya peringatan untuk kita..
Mungkin ada yang cakap..

'TOKSAHLAH JAGA KAIN ORG, G JAGE KAIN KO SNDIRI,KUBUR MASING-MASING'

Dan mungkin..

'KO CKP MCM KO PERFECT JEWK, PADAHAL KO SNDIRI PON PERNAH WATKAN,'

Alahai, maaflah yer.. Memang, kadang-kadang manusia ni selalu terlajak dari melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Dan Iza pon tak terlepas dari melakukan semua tu. Jadi, Iza minta maaf sangat-sangat jika ada yang terasa. MAAFKAN HAMBA.. HAMBA HANYA MANUSIA BIASA,,.

Jadi, beringatlah kepada 'PECINTA-PECINTA' diluar blogger dan didalam blogger. TERMASUKLAH IZA.. Dan semua hamba Allah dimuka bumi ni.. Kita boleh bercinta tapi janganlah melebihi had sampai dilaknat oleh Allah.. Tak mau, Tak mau.. Walau bagaimanapun. Iza doakan..

KORANG SEMUA BAHAGIA DENGAN CINTA MASING-MASING, SEMOGA JODOH BERPANJANGAN.. 

AMIN.....

Okeylah, nak sambung jadi bibik balik. Kalau ada masa Iza update lagi yer.. Love U all..

- MA'AS SALAMAH -

CoReTaN mAtA bUlAt:
Iza dah temui seseorang selepas si 'DIA' ..
SERIUS, 
Cinta mula berputik balik.. 
Selepas hati dihancurkan..
Ha! tulah lumrah kehidupan..
DAN, Yang kelakarnya...
Iza dapat seseorang yang boleh dikatakan 'ALIM' juga..
Dan, Iza bersyukur.. Dia mampu membimbing Iza jika Iza tersilap langkah..
Heyp! Kitaorang tak pernah berjumpa tau, apatah lagi nak pegang-pegang tangan..
KALAU KORANG CINTA MUKA BUKU..
IZA, CINTA FONE NOKIA... Hewhewhew...

Tuesday 23 October 2012

Yeayyy! MERDEKA ! Oppss, Belom da...


ASSALAMUALAIKUM

Muke macam minta pelempang je kan..

Holla my beloved followers.. Ish, dah lama tak update blog and dah lama tak terjah blog korang semua.. Rindu gila, dan terpaksa menahan nafsu untuk mengupdate blog.. Mesti korang semua makin 'COMEL' and 'HANDSOME' kan.. So, malam ni nak lepaskan gian meng'update' blog yg x berapa nak vogue ni..

Sebelum tu, Iza sediakan karpet merah untuk you all lalu.. Hehe, sebagai tanda Iza mengalu-alukan kehadiran readers yang chumel-II nie.. .. *Buat-buat nampak je la ea.. huhu

Seperti yg sedia maklum, Iza baru je lepas bertarung dengan PMR.. Pergh, pertarungan yang dasyat sampai Iza hampir tewas dengan agregat 8,1 .. Tapi Iza kuatkan azam untuk mengalahkan 8 tu.. Iza nak genggam 8 tu supaya semua Iza dapat conker (8A) .. Apa ingat 1 tak boleh menang ke? Belum cuba belum tahu ma..

Kita tengok je bulan 12 nanti ea.. Ha! Masa tu la pengumuman perang kali yang kedua berlaku.. iaitu berperang dengan perasaan sendiri.. Sama ada dapat apa yang di'target'kan or tak.. Ish,, seram sejuk pulak rasa badan ni , meskipun sudah lepas PMR.. Pertarungan tak habis lagi ni

SO, sekarang apa yang perlu Iza buat hanya bertawakal dan berdoa banyak-banyak kepada Allah semoga hajat Iza yang satu (8A dalam PMR) tercapai.. DOAKAN UNTUK IZA OK.. I'm really scared right now.. Tapi, nasib baik ada IBU n AYAH Iza yang sentiasa beri sokongan dan galakan kepada Iza.. Huhhh..

Aissh, mengeluh pulak Iza nie.. Tak baik mengeluh.. Sepatutnya kita bersyukur atas apa yang dah berlaku.. Dan bertawakal atas apa sahaja kehendak-Nya.. Tapi, janganlah hanya bertawakal tapi tak berusaha.. Kalau macam tu, Iza rasa tak payah.. Hurmm, HIDUP INI MEMERLUKAN PENGORBANAN UNTUK BERJAYA.. So, selama sebulan Iza dah korban kan mata Iza. Korbankan Hati Iza.. eh! Macam buat Raya Korban pulok.. Hehehe..

Tapi, Iza pon nak minta jasa baik follower and readers Iza yang chomel-II and handsome-II ni.. Tolonglah doakan kita nie yer.. EH! IZA DAH CAKAP DAH KAT ATAS .. Hehe, saje-saje je.. Nak minta sangat jasa baik anda semua yang membaca blog kita yang choml nie.. *Burkkweekk, chomel sangeettt..

DOAKAN IZA TAW ! THANX..

Sepanjang PMR dijalankan, bermacam-macam kejadian yang lucu berlaku.. Mula-mulanya kejadian jeling-menjeling.. *Perghh, nasib baik tak juling.. Lepas tu, kejadian bertentang mata.. Ha ! Part nie la yang paling memalukan.. Hehe, but tak nak cerita.. Biar kisah itu menjadi memori.. Memori yang {dot} {dot} {dot} ... Huhu.. Bukan tak nak cerita , cuma malu .. Mana tau kan Iza nie 'SS' ... *SYOK SENDIRI* .
Kan buat malu je tu.. Yela, Iza ni boleh dikategorikan sebagai orang yang kuat berangan jugak lah.. Huhu. Eyp! Walaupun kuat berangan tapi Iza tak lebih-lebih taw.. Ada batasnya nak bergurau ni..

Okeylah, I think sampai sini je. Iza nak tengok TV pulok. Lepas tu nak baca novel.. Lepas tu.. Threee.. uwwaaahhhuwaahuuwaahhh.. !!  .. *x lawak pon*

GO TO GO.. HAVE A NICE DAY. LOVE U ALL..

- MA'AS SALAMAH -


Me with my new spectacles


EVER SINCE WE USED TO LAUGH AND CRY ABOUT SMALL THINGS..
I HAVE LOVED U..
EVER SINCE WE USED TO DANCE IN THE RAINS..
I HAVE LOVED U..
WHEN WE USED TO SNEAK OUT TO THE TERRACE AND COUNT THE STARS.
I HAVE LOVED U...
NOW, I MYSELF, HAVE FORGOTTEN SINCE WHEN I HAVE LOVED U..
I CAN ONLY SAY THAT I HAVE LOVED U AND ONLY U.. 

Sunday 26 August 2012

Maaf, Kita tak sempat !

ASSALAMUALAIKUM

Holla my sweet stalkers and my new readers.. Okey. Maafkan Iza sebab dah lama tak update blog, *ceh! macam ada orang nak baca blog Iza je.* Huhuhu.

DIKESEMPATAN INI, IZA INGIN MENYUSUN SEPULUH JARI UNTUK MEMOHON KEMAAFAN SEKIRANYA:
TERkasar bahase ,TERsilap bicare,TER marah yang tak kne,TERtanye tak tentu hala,TERsasul yang tak sengaje,
TERpukul kat mane-II,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepale,
TERpinjam harte bnde,
TERmoody tak semene-mene,
TERumpat bile-II
TERmacm-macm yang kne megene.

MAAFKAN SAYA. (^.-)


Oh ya, Iza pon nak ucapkan 


KEPADA SEMUA WARGA BLOGGER, TAK KIRA BANGSA or AGAMA. 
Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA..

Kalau NAK DUIT RAYA, datang rumah dulu. Hehe, . Kalau nak tahu rumah kat mana, boleh PM kita.. Ececeh,,. Okeylah, kepala Iza dah messy sangat ni, Yoleh.. ESOK DAH SEKOLAH. Sedih,.. Erm, oleh itu, Iza takde ayat sangat nak di buat.. So, layan pic je ye.. Hehe, Love u all..


Masa ni nak pi rumah TokNgah..

Me with My little double B



Masa ni, I'm getting to town before come back to Senggarang
Syok giler. Iza dapat main bowling..


And finally I got 85 marks. Alhamdulillah, first time main but. First practice main bowling, How was so embrassing. The ball always into the 'longkang' sampai kena gelak dengan pakucu.. But, PRACTICE MAKES PERFECT. Kena 'STRIKE' sekali. Amekkaw! Senyap terus Pakucu.. hehe


Then, I went home. Before that, snapped a few pic dulu. hehe



And, this is the last pic..

Okey, Sebenarnya banyak lagi. But, Iza takut berat pulak blog Iza nanti.. Okey, I need to go. May have a nice day. Love u all..

- MA'AS SALAMAH -


Hey! My heart was taken by someone..
Jangan nakal-II ea wak..
Jangan main mercun taw...

Friday 10 August 2012

Kenapa Wahai Kaum Adam...?

ASSALAMUALAIKUM..


saje pleasing pic.. hoho..~

Salam Ukhwah Fillah!

Alhamdulillah.. sekarang dah masuk hari ke 22 kita berpuasakan. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah sebab telah memanjangkan umur kita untuk terus beribadat kepada-Nya.. Ucap ramai-II

ALHAMDULILLAH 

Hermmm, hari ni Iza nak cerita pasal apa yer? Ha! Nak cerita pasal LELAKI..

Setiap hamba Allah yang ada didunia ini dilahirkan dengan pelbagai sifat.. Ada yang dilahirkan dengan sifat itu.. Ada yang dilahirkan dengan sifat macam ni.. Tapi , adakah kita sedar semua sifat yang ada pada kita. Terutamanya kaum lelaki... Hanya satu sifat yang sukar dikikis meskipun dah cuba berus dengan berus dawai.. *Subhanallah! Mesti sakit.. Hehe.

iaitu

EGO !

Sebagai seorang perempuan/wanita/isteri kita selalu berteka-teki tentang sifat lelaki yang satu ni.. 



Langsung tak nak mengalah ! Boleh dikatakan 95% asyik kaum Hawa je yang mengalah..Yang duduk sambil makan hati berulamkan penggaga.. *amboi! teruk benor kiasan Iza..
Tapi kaum Adam,. Haissh. langsung tak ada perkataan 'MENGALAH' dalam kamus hidup depa.. 
EH! EH! Jangan attack saya dulu.. Perkara ni tak berlaku kepada semua kaum Adam tetapi hanya segelintir sahaja .. You know which side you are guys..!  *hikhok..

Ok, selepas membuat penyelidikan dan ujian forensik.. *eceh! .. Iza dapati ada beberapa sebab yang menjadikan seorang lelaki itu EGO tahap bangunan KLCC..



1. SIFAT KELAKIAN :

Lelaki dijadikan oleh Allah S.W.T dengan sifat kelakian yang kasar dan keras.. *oh! macam batu rupanya lelaki ni.. hehe, jangan marah nnaaa .. Ini kerana, lelaki menjadi pembimbing dan membimbing serta menjaga wanita.. Dan mungkin juga dia sebagai lelaki maka menggunakan sifat kelakiannya ke atas perempuan yang lemah .. *adeh! jangan marah saya..


2. LELAKI SEBAGAI KETUA :

Lelaki dijadikan Allah sebagai seorang ketua.. Ketua keluarga dan seorang pemimpin. Sifat ketua keluarga atau pemimpin itu menjadikan seorang lelaki mempunyai ego yang tinggi.. Dia berasa dia seorang yang berkuasa ke atas orang bawahannya, isteri, girlfriend yang dianggap lemah.. Segala keputusan terletak di atas telapak tangan depa.. Entah betul or tak.. Samaada adil ataupun tidak.. Yang dia tahu , dia bertanggungjawab ke atas segala keputusan yang dia buat..


3. JATUH MARUAH :

Oh My Gucci! Apa kes,? Hehe, ini mengikut observation yang Iza dapat selama hidup 15 tahun di dunia.. Mereka ni mudah rasa tercabar apabila mereka mengalah dengan kaum Hawa.. Oh! Lelaki.. Tingginya egomu.. Mereka merasakan diri mereka yang lebih layak untuk menang dan tidak boleh kalah kepada perempuan.. FOR EXAMPLE:
Bila perempuan merajuk, lelaki bukannya nak pujuk.. Buat muka 10 sen je.. Begitu egonya lelaki terhadap kita kaum Hawa yang lemah lagi tidak bermaya ni.. *ececeh.. Last-II, kita yang perempuan ni la kena pi merangkak sampai kerumah dia semata-mata nak pujuk dia.. 
ADA KE PATUT???


4. BELANJAWAN PANAS a.k.a BAJET HOT :

Oh! Mukanya dah kacak lagi bergaya. Rupa paras dah boleh jual.. Muka dah macam jambu, boleh cair hati mana-mana perempuan kalau diaorang tengok.. Sekali pandang tak puas. Kena pandang banyak kali.. *wei! maksiat-II. Lama-lama jadi teleng.. Amekkaw! Orang hot la katakan.. *Adeh! tak kemana hot tu.. Neraka lagi hot..*  Sekali petik sepuluh yang datang tau.. Kalau yang datang tu muda takpe gak. Dapat yang dah berkedut.. Ambilmu ! hehe.. Sebab tu lah lelaki sebegini ego dia letak kat paras yang paling tinggi dalam hidup dia.. Yyeeaayy!!


5. NAK MENANG :

Ha! Yang ni satu lagi spesies.. Haissshh,, Lelaki jenis ni, dia asyik fikir nak menang je dalam setiap perkara..Dalam mind set dia, dia fikir nak menang ! Tak boleh kalah!.. Nak menang! dan Tak boleh kalah! Sebab tu kalau terjadi pergaduhan antara lelaki dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki terserlah spesies lelaki yang macam nie. Sudah terang tak perlu pakai torchlight untuk menyuluh lagi.. Egonya sudah pasti terserlah.. Astaghfirullahalazim..


6. KAYA :

Awok! kita tau lah duit awak tu dah berkepok-kepok.. Sampai terkoyak wallet sebab banyak sangat duit dalam tu.. Tapi percayalah wak, sebanyak manapun duit yang awak ada.. Berjuta mane pun harta awak.. Kalau egonya tinggi tahap langit.. Lebih baik tak payah.. Lebih bagus awak sedekah kat orang yang memerlukan.. Ha! Tu lagi bermanfaat.. Lagi banyak pahala yang kita dapat.. 


7. TAK TERIMA PANDANGAN ORANG LAIN :

Oh! Ni la yang paling Iza tak suka sekali.. Segelintir lelaki ni dia fikir dia jelah yang betul.. Dia jela yang bagus.. Kita yang sebagai perempuan nilah kena ikut cakap dia.. Apa dia nak semua kena bagi.. Dialah pembuat keputusan. Dia sebagai petindak dan dia jugalah sebagai kepala.. Pandangan orang lain dia langsung tak endah.. Dipandang sepi saja..Tak selayak pendapat dia.. Tart Nanas betul! Tapi, bila dah salah langkah.. Mula lah nak gelabah macam kucing hilang anak. 



JADI, ITULAH OBSERVATIONNYA. 

Begitu egonya lelaki sampai semuanya dia nak kaut.. TAPI ITU HANYA SEGELINTIR SAHAJA. Walauapapun , sebenarnya kita ni semua sama sahaja. Tak ada kurang, tak ada lebih.. Cuma, sifat kita je yang berlainan.. Eh! yeker? Tak-II kita semua sama sahaja.. Diulangi ,

KITA NI SAMA SAHAJA 


Okeyla, time to sleep. Go To Go.. Selamat berpuasa semua! Jangan ingat nak raya je tau..

- MA'AS SALAMAH -

SEMALAM DAN HARI INI IZA TRIAL PMR SAMPAI RABU MINGGU DEPAN.. ALHAMDULILLAH, PAPER HARI NI DAN SEMALAM IZA DAPAT JAWAB DENGAN TENANG. TERIMA KASIH YA ALLAH.. KERANA TELAH MEMBERIKAN KETENANGAN KEPADA IZA UNTUK MENJAWAB. I HOPE I CAN ANSWER ALL THE SUBJECT THAT I TAKE.. PRAY FOR ME YA.. DOAKAN KITA DAPAT 8A DALAM TRIAL PMR AND PMR TAHUN NIE.. THANK YOU SO MUCH! LOVE U ALL..

Lupa nak mention. Sebenarnya ada jugak segelintir perempuan yang ego dia tinggi.. Contohnya kita la.. (IZA) HEHE.. But, kita ego sebab nak menang je yer.. Takde sebab lain.. Huhu..

Thursday 2 August 2012

Kita Hanya Insan Yang lemah..~~

ASSALAMUALAIKUM ..

Salam Ukhwah Fillah !




Wah! terasa bersemangat pulak nak update blog.. Iza baca artikel di  I LUV ISLAM.COM tentang Remaja dan Cinta. Ohh! Terasa ingin menangis.. Betapa kerdilnya Iza nie..

SEBELUM TU.. BACA BAWAH NI

Iza cuma seorang hamba yang lemah, yang imannya selalu naik turun, naik turun macam lif yang ada kat shopping complex. Tapi, Ingatlah.. Iza share entry ni pun disebabkan rasa tanggungjawab seorang hamba Allah.. Bukannya Iza nak tunjuk baik. Iza pun takdelah baik sangat. Tapi seperti yang Iza cakap tadi,, Iza cuma nak kongsi cerita sahaja. Sebagai peringatan untuk kita untuk menjadi yang terbaik..


Dah bacakan? Erm,, so.. Iza nak minta maaf dulu jika entry Iza ni membuatkan anda tidak puas hati. Tapi percayalah, Iza pun macam anda semua. Sentiasa melakukan kesalahan.. Maaf..


Okey ! Jom check this out.. I'm gonna tell u.. Maybe kita dah selalu sangat dengar benda nie. Dah naik muak dah ! Tapi pernah tak kita ambil kata-kata disebalik sepotong ayat Al-Quran ini..

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."

(Surah an-Nur, ayat 26)


Faham tak maksud disebalik ayat Al-Quran diatas.. Okey, Iza membuat kesimpulan, manusia ini bermacam-macam attitudenya. Tapi, disebalik sikapnya, ADA BAIK dan juga ADA BURUKnya.. Ini dapat dilihat lagi terang tidak perlu bersuluh dengan masalah remaja sekarang.. iaitu

COUPLE 

CINTA

Itulah masalah remaja sekarang.. Awak, TIDAK SALAH UNTUK BERCINTA tapi kena pada tempatnya. Tidak perlu menunjukkan cinta kita pada 'SI DIA'. Cukuplah sekadar menyukainya secara senyap. Oh! Apatah lagi duduk ditepi longkang yang ada di taman sambil berpegang tangan. Itu lagi HARAM . BERDOSA kawan. 

MAAFLAH, bukan apa.. Iza tengok sekarang ni ramai remaja yang telah tersasar dari akidahnya. Ni yang makin membimbangkan ibubapa serta orang lain. Saudara dan saudari.. Sedarkah anda.. Kita berlangkah-langkah mendekati neraka apabila kita berbuat sedemikian.. Tidak kiralah berpegang tangan ataupun tidak.. Tapi, apa yang Iza pasti.. DUDUK BERDUA-DUA PUN TAK BOLEH. sebab. Di antara kita berdua, pasti ada yang ke-3 .. iaitu


SYAITAN..

* Tapi Iza, sekarangkan bulan Ramadan, mana ada syaitan..


Eh! awak.. Bulan Ramadan ni lah kita kena berwaspada taw. Sebab apa.. ? 

JIKA KITA TAK BERWASPADA, MAKA NAFSU KITA MENGHANTUI DIRI..

*Boleh ker jadi macam tu??

Boleh! Contohnya, apabila kita berada di bazar Ramadan. Kita kalau boleh nak angkut dengan tuan-tuan kedainya sekali. Begitu teruk kita berbelanja.. Sebab nafsu kita yang sedang lapar menghantui fikiran.. Begitu juga dengan situasi ber'couple' .. Kita tak sedar yang nafsu kita sedang menghasut fikiran ingin mencuba.. Kemungkinan kita boleh terjerumus ke lembah maksiat sekiranya Iman kita tidak kuat.

Tapi , adakah kita sedar semua itu?? #.. Pikir sendirilah ye..

Herm, sedar tak sedar.. Ia memberi kesan buruk kepada kita jika kita tidak mematuhi segala larangan Allah dan mematuhi segala perintah-Nya. Itulah kesimpulan ayat Al-Quran di atas..

Sorry kalau pendapat Iza ni tidak boleh diterima. Hanya kesimpulan Iza sahaja.. Tegur jika salah .
Okey, Iza nak focus kat one sentence nie..

BERCINTA BOLEH TAPI JANGAN MELEBIHI BATAS-BATASNYA.

Kita sering melihat dan mendengar pelbagai karenah rakan-rakan yang ber'couple' ini. Sebagai contoh, mereka menghabiskan banyak masa bersama 'SI DIA' dan mendengar janji-janji manisnya yang disampaikan dengan suara yang sengaja dilunakkan serta dilembutkan. Bukankah suara itu juga sebahagian daripada aurat kita?
Allah SWT berfirman,
"...Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."(Surah al-Ahzaab, ayat 32)


Mengapa perlu mengucapkan kata sayang, rindu, cinta dan sebagainya jika kita belum tahu adakah dia benar-benar yang halal buat kita.? Oleh itu, simpan kata-kata manis itu baik-baik. Takpun simpan dalam poket, simpan elok-elok supaya tidak berciciran untuk bagi kat 'SI DIA' yang benar-II halal untuk kita..

Jadi, kesimpulannya, jika kita dah menemui pasangan yang sesuai untuk kita.. Kita diharuskan mempercepatkan perkahwinan.. Sabda Rasulullah S.A.W. 

"Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

BAGI YANG KESEORANGAN, JANGAN TAKUT DILANDA KESEPIAN.. SEBAB..


Betapa beruntungnya kita yang single nie.. Allah mencarikan jodoh yang terbaik buat kita.. So, jangan risau jika anda kesunyian.. :))

AKHIR KATA, INGATLAH


SO, SELAMAT BERAMAL..

- MA'AS SALAMAH - 


SAYA SUKA AWAK DALAM DIAM, SEBAB ITU LEBIH BAIK DARIPADA MELUAHKANNYA..SEBAB SAYA HANYA MANUSIA YANG LEMAH, TIDAK SANGGUP MELIHAT KELUKAAN LAGI...

Tuesday 31 July 2012

Oh! Kita Berbeza..

ASSALAMUALAIKUM

Salam 1 Malaysia..


comelkan baby nie..

Haissshh, Hari ini satu hari Iza tak makan nasi.. (DIET KER??)
# Bukan diet okey ! Entahlah, tekak ni macam dah tak nak terima apa-apa dah. 
Apa sebenarnya yang tekak Iza ni nak yer.. Herrm, entahlah..

Eh! Dah keluar tajuk nie. Hehe, Takpe ! Sebagai ayat pendahuluan...

Adakah anda tahu? Membaca bahasa tubuh sebenarnya tidak susah..Percaya atau tidak, bahasa tubuh adalah bahasa yang tidak boleh dimanipulasikan.. Sesuatu yang spontan digerakkan oleh tubuh seseorang menunjukkan sesuatu yang saat itu dia rasakan ataupun menunjukkan sesuatu yang menunjukkan tujuan disebalik sikapnya.. Ini dapat dilihat melalui perbuatan harian kita bersama kawan ataupun orang lain..



==> BAHASA TUBUH ORANG BERBOHONG :

1. Menutup mulut dan berbatuk. Orang secara refleks menutup mulutnya saat berbohong. 
#Berusaha menghentikan mulutnya untuk mengeluarkan kebohongan. Lain lagi jika lawan bicara kita menutup mulut, itu artinya dia pikir kita berbohong.

2. Menyentuh hidung. Menyentuh hidung sebagai bentuk ‘pelesetan’ dari menutup mulut yang menjauh menjadi ke bawah hidung secara halus.

3. Memalingkan pandangan. Orang yang berbohong selalu ingin memalingkan pandangan ke arah lain.
#Serius, Iza pernah buat yang ni. Haha..

4. Peningkatan kerdipan mata. Peningkatan kerdipan mata sebagai bentuk rasa gugup dari seseorang yang berbohong.

5. Menggaruk leher. Gerakan ini merupakan respon saraf-saraf di sekitar leher pada saat berbohong akan terasa gatal.



===> BAHASA TUBUH ORANG TERTARIK :


1. Meletakan tangan di dada. Gerakan ini menunjukkan sebuah penerimaan. Biasanya diiringi oleh bahasa lisan, seperti janji dan kekaguman.

2. Mendekat. Jika seseorang tertarik, tanpa sedari dia akan mendekatkan dirinya pada orang yang menarik perhatiannya.

3. Menunjuk dengan kaki. Gerak isyarat ini biasanya terjadi dalam posisi berdiri. Arah kaki dapat menunjukkan ketertarikan seseorang, 

4. Kombinasi tatapan dan perubahan pupil mata. Jika seseorang tertarik, tatapannya akan tertahan untuk waktu yang lebih lama dari biasanya.

5. Merapikan rambut. Baik lelaki maupun wanita, jika bertemu dengan lawan jenis dan merasa tertarik, mereka pasti akan merapikan atau menyentuh bagian rambutnya, bahkan seorang botak.! hehe

6. Mengentakkan Kepala. Gerakan ini biasa dilakukan wanita dan dengan menyibakkan rambut ke belakang sehingga leher terlihat jelas.

7. Merapikan baju.  Contohnya merapikan lipatan kerah, lipatan tangan, 




===> BAHASA TUBUH ORANG YANG MENOLAK ATAU MARAH :

1. Menyilang tangan di dada. Gerakan ini menunjukkan seseorang berada dalam kondisi tertutup (tidak nyaman) terhadap lingkungan sekitarnya. Saat sedang duduk, isyarat ini seringkali diperkuat dengan menyilangkan kaki atau tangan.

2. Kombinasi gerakan tangan dan tatapan. Bahasa tubuh seperti ini biasanya terjadi saat seseorang tidak mempunyai keberanian untuk mengemukakan pendapat dan ketidaksukaannya terhadap seseorang.



===> BAHASA TUBUH ORANG YANG MERASA DIRI DIA BERKUASA :

1. Meletakan kaki di atas meja. Meskipun ia kurang sopan, mengangkat kaki menunjukkan penguasaan seseorang atas lingkungannya.

2. Tangan dilipat ke belakang. Biasanya, gerakan isyarat ini dilakukan saat sedang berdiri atau berjalan.

3. Menghembuskan rokok ke atas. Seorang perokok sering kali menunjukkan kekuasaannya dengan cara mengembuskan asap rokoknya ke atas sambil memuncungkan sedikit mulutnya.


===> BAHASA TUBUH ORANG SEDIH, KECEWA DAN STRESS :

1. Menunduk dan tangannya mengusap kepala bagian belakang.

2. Mengusap jidat
# I'm not sure what is JIDAT. but u can search on google..



===> BAHASA TUBUH LAIN DENGAN PERGERAKAN TANGAN :

1. Memainkan cerminmata. Gerakan ini menunjukkan seseorang ingin melengah-lengahkan waktu sampai ia merasa nyaman mengambil keputusan.

2. Mengusap dagu. Saat seseorang meletakkan tangan di dagu dan mulai mengusapnya secara perlahan, proses pengambilan keputusan sedang berlangsung. Sama dengan bahasa tubuh memainkan cerminmata, cuma dilakukan oleh orang yang tidak bercermin mata.

3. Tangan di pinggang. Gerakan ini menunjukkan keagresifan seseorang terhadap lingkungannya.

4. Memasukkan ibu jari ke poket depan. 




#Dalam banyak-II perkara ni. Ade yang selalu Iza buat.. Hehe, tak perlu cerita lah.. Hanya Allah dan Iza je yang tahu.. 

Ha! Panjang . Amekaw! Kan.. Manusia memang berlainan. Lagi-II cara mereka berfikir.. Tapi, adakah kita menggunakan akal dan fikiran kita ke arah kebaikan.. 

#Tahu-tahu sendiri jelah..

Okeylah, dah ngantuk pulak kita. Selamat malam, sayang awak semua !

- MA'AS SALAMAH -


Herm, saya tahu saya tak sempurna awak. Saya ni jahat.. Tapi saya pun manusia biasa.. Salah ke nak jadi kawan awak. Awak tak adil tahu tak..? Dulu cakap sayang sebagai kawan..Tapi sekarang, Huh! Memang mudah lupa pada kata-kata lah awak ni! Saya tak mintak lebih pun. Saya cuma nak awak layan saya sama macam awak layan orang lain.. Susah ke awak ? Huhh,, 

Tapi, saya bersyukur hati saya bukan pada awak lagi.. Kalau hati saya ada pada awak lagi.. Saya rasa memang betul-II tak berguna.. Walau apa pun.. Saya tetap anggap awak sebagai kawan.. Terima kasih Mr. M.. .. 

Oh ya ! Mr. S, saya suka awak la ! Tapi dalam diam jelah.. hehe 

Sunday 29 July 2012

Blog MataBulat salin kulit.


ASSALAMUALAIKUM

Malam ni Iza memang sakit hati betul. Kurang diajar betul hackers Malaysia nie. Menyusahkan orang sampai menakutkan kita. Jahatnya dia! Rasa nak sumbat mata dia dengan berus dawai. Mulut dia masukkan pam jamban. Amekaw! 

#Eh! Kejamnya Iza.. Astaghfirullah.. Tak baik-

Okey! bia dye dgan hidup dia.. Iza nak tidur.. Buat penat Iza je.. Nasib baik jumpa jalan penyelesaian..Nak tidur.. SELAMAT MALAM..

- MA'AS SALAMAH -


NoTa KaKi:Walauapapun..MR.S tetap dihati...




Friday 27 July 2012

|| Aku Suka Dia ||

ASSALAMUALAIKUM

Take a breath first sambil layan.. *Tarik nafas, hembus nafas.


Pic, tak ada kena mengena..

Selamat berpuasa semua ! *ADEH! Lambat betol Iza.. Hehe. Sedar tak sedar dah seminggu juga kita berpuasakan.. Alhamdulillah sebab Allah memanjangkan umur Iza untuk menikmati bulan Ramadan pada tahun ini. Ha! Dah ada yang ponteng puasa belum nie.. ??  *Kalau ada, tutup muka sambil buat hidung kembang*

Seminggu puasa ni rasa tak berapa sihat sebab mulut bengkak. Tahun ni dah masuk dua kali dah kena gusi bengkak.. Tulah, Iza ni cucu yang selalu mendengar kata, anak yang taat kepada ibu bapa.. *brrr!! mendengar kata sangat, taat le sangat.* Atok cakap jangan tidur lewat Iza berjaga sampai 2,3 pagi.. Ibu cakap jangan selalu minum air yang berais.. Diminum jugak.. Tu kan namanya cari penyakit.!

Hoho..~ Kena ceramah free semenjak dua menjak ni. Okey! Fine. Salah Iza, terima kasih ibu, Terima kasih atok sebab ingatkan Kak Long.. Beri nasihat kat Kak Long. But, bukannya Kak Long sengaja tidur lewat pon. Semuanya bersebab.. #Mencipta alasan. Apekah? =.="


Okey! Okey! Dah keluar topik dah ni..

Back to the topic. Hoho..~ Iza suka siapa pulak ni yer? .


==> Pendek cerita Iza suka (Tteettt ! Maaf, nama dirahsiakan)

==>Iza suka dia sebab dia comel masa senyum.. Sama macam lirik lagu AT yang ni
~Bila dia, senyum pada diriku

Hatiku rasa tak menentu
==> Cair gila kot bila nampak senyuman dia tu..

==> Rasa nak cubit je pipi dia.. *Opss! Tak boley, bukan muhrim.!


==> Dia diam-diam ubi berisi.. Not bad la..
==> Iza tak tahulah sejak bila Iza suka dia.


==> Bila dia lalu sebelah Iza, jantung Iza bagai nak pecah sebab berdegup laju. 
~Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
==> Tapi dia bukannya datang dekat dengan Iza, cuma bila dia lalu sebelah or terserempak dengan dia mula lah Iza tak menentu.. Huhu


==> Tapi, terpikir juga yang dia nie dah berpunya ke belum..
~Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

==> Sebab Iza rasa Iza dah mula suka dekat dia.. :)


==> Terasa nak dapatkan dia pon ada... 

~Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
==> Tapi, macam mustahil jer?? Ontah lerw..



==> Apa yang patut Iza lakukan nie?? =.=?

~Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

==> Macam lebih baik derdiam diri je...



==> Akhirnya, Iza mengambil keputusan..
~Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

==> Biarlah kita kawan dahulu, Iza tak mahu tergesa-gesa menyerahkan hati Iza kepada dia. Walaupun sebenarnya Iza yang suka dia.. Huhu...
==> But, Iza suka sebab kita selalu bermesej even dalam FB je...


Hohoho.. Panjang lebar juga Iza buat. * Takdelah panjang sangat! . Like I care.. Okey la, dah mengantuk . Hendak mencari pillow busyuk ! Hewhew.. :3

- MA'AS SALAMAH -


NoTa KaKi:
Awak, saya suka sangat dekat awak..
Cuma, saya tak berani nak luahkannya..
Sebab saya takut hati saya kecewa..  :'(

Friday 20 July 2012

VVIP DAH DATANG - RAMADAN,BULAN PENUH KEBERKATAN

ASSALAMUALAIKUM

Tok ! Tok ! Tok ! 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK..

------ SEMOGA RAMADAN KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA ------

JANGAN LUPA BANGUN SAHUR.. 
KALAU SUSAH NAK BANGUN..
BOLEH BUAT MACAM GAMBAR DEKAT BAWAH NI..

|
|
|
V


HEHE,.. 

- MA'AS SALAMAH -

Sunday 1 July 2012

Wordless Sunday.

ASSALAMUALAIKUM.

Tak tahu nak tulis apa..








GTG (Go To Go)

- MA'AS SALAMAH -

NoTa KaKi:
Muka budak dapat g jalan-jalan..

Saturday 30 June 2012

Ke"PELIK"kan melanda diri.

ASSALAMUALAIKUM.


muke pelik la sngat.. =..="


Apa khabar stalkers? Hehe, bertemu kita lagi ya. Dalam 1 hari Iza update 2 entry. Huhu, Iza sebenarnya tak ngantuk lagi. Tak tahu nak buat apa, update blog jela. Lepas nie, InsyaAllah busy and focus with homework. 

Hari ini Iza nak share sedikit berita tentang result Mid-year test yang lepas.. 

But, sebelum tu. Pada hari Jumaat yang lepas *Eceh! Macam nak buat karangan pulak.* Bersamaan dengan 29 June 2012 sekolah Iza telah mengadakan HARI TERBUKA.. *Wah! Budak-II kalau dengar ada hari terbuka. Mulut semua terlopong. Jantung berdup dap, dup dap.. Hehe, kta la tu..Takut sangat nak berdepan dengan cikgu. Nak dengar segala kelemahan yang ada pada diri kita.

Haha, Iza lettuw. Serius! Memang berdebar-debar masa tunggu giliran Iza.. Lagi-II bila Pn. Junaida (GURU B, INGGERIS) menjadi peneman setia  Pn. NORIATY (GURU KELAS) masa hari terbuka tu.. Lagilah meremang bulu roma den. Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah pon tiba. Dalam masa tu, nasib Iza dok kena berdepan dengan Pn. Junaida.. 

Sesampai sahaja di depan , Iza suruh encik duduk. Lepas tu, start lah perkara yang merunsingkan hati Iza lagi tadi.. Nasiblah tak lama, Teacher siap puji lagi yang Iza selalu bantu dia, tiada masalah dalam pelajaran.. *Alahai, masa ni Iza rasa hidung Iza kembang kuncup je. ehehe, (BUKAN RIAK EA..)

Lepas je sesi temuduga habis. Iza kelik dengan encik. Sebelum tu, Iza round satu sekolah sebab nak cari adik Iza. Punyalah berlenggang dia jalan. Aiissshh, sabar jela.. Satu yang Iza pelikkan. Biasanya encik, ibu, atok akan memberi khidmat nasihat yang percuma kepada Iza. Tapi result kali ni, macam tak ada ape-II yang berlaku. PELIK ! =.="

Maybe sebab cikgu cakap keputusan Iza nie bagus, ada peningkatan hanya perlu berusaha lagi.Encik terus tak nak komen pape kot. Hehe.. Cuma satu hal menjadi isu.. Guru-guru pasti pantang mendengar pasal "muka buku" A.K.A "facebook".. Hehe, hari tu Pn. Junaida sampai menjerit dengar perkataan tu. PELIK! =.="

Kemungkinan guru-guru tak nak anak muridnya terjebak dengan kelalaian bermain FB je.. Aisshh, penyakit FB, TWITTER, BLOGGER nie dah semakin merebak. Ape ingat semua benda nie takde virus ke? Lagi besar taw virusnya. So, untuk tidak lalai dalam pelajaran. Haruslah dicegah dari awal. DENGAN MENUTUP AKAUN FACEBOOK, TWITTER, BLOG BUAT SEMENTARA WAKTU.. *eceh! Iza sendiri tak tutup lagi.. hehe, But kalau tak nak cuba cara ni. Cuba cara lagi satu. iaitu dengan jarang-II membuka FB.. InsyaAllah kita akan lebih focus dalam pelajaran.

*Huhuhu, menjadi pensyarah tak bertauliah sebentar.*

HA! lagi satu ke"PELIK"kan.. Tadi Iza buka 


So, lepas dah buka tu Iza try la checkedout result pertengahan tahun.. Yang mengejutkan Iza.. Iza dpat result yang nie.


4A4B . . HAHA, padahal 3A5B je. Iza check punya check. Rupanya, SCIENCE Iza dapat A daa.. Tapi, sejujurnya Iza dapat B.. aisshhh, untung ler.. Kenapa cikgu tak ikut dalam SAPS nie je yer? kalau tak untung Iza.. Dapat nombor 2 dalam kelas. Huhu..

Tapi, apa-II pun Iza bersyukur pada Allah sebab telah memberikan nikmat yang tak terhingga kepada Iza. Dan Iza sebagai pelajar harapan sekolah, tidak akan mensia-siakan tanggungjawab yang telah diberikan. Iza nak bahagiakan family Iza. Guru-guru Iza.. Harap impian Iza ni akan tercapai.. AMINNN!! (doakan yer..)

Dan alhamdulillah jugak sebab keputusan Iza meningkat. Walaupun hanya satu subjek, tapi sudah cukup bagi Iza... Iza harap trial yang akan datang resultnya lebih gempak dari result sebelum nie. AMIN !

KDK- Kedudukan Dalam Kelas.
KDT- Kedudukan Dalam Tingkatan.
ALHAMDULILLAH, MENINGKAT.

Okeyla ! da start mengantuk pulak. Go To Go.

- MA'AS SALAMAH -

NoTa KaKi:
Lagu blog Iza sedap tak??
*ceyt! xde kena mengena...