PAUSE HERE

Saturday 30 June 2012

Ke"PELIK"kan melanda diri.

ASSALAMUALAIKUM.


muke pelik la sngat.. =..="


Apa khabar stalkers? Hehe, bertemu kita lagi ya. Dalam 1 hari Iza update 2 entry. Huhu, Iza sebenarnya tak ngantuk lagi. Tak tahu nak buat apa, update blog jela. Lepas nie, InsyaAllah busy and focus with homework. 

Hari ini Iza nak share sedikit berita tentang result Mid-year test yang lepas.. 

But, sebelum tu. Pada hari Jumaat yang lepas *Eceh! Macam nak buat karangan pulak.* Bersamaan dengan 29 June 2012 sekolah Iza telah mengadakan HARI TERBUKA.. *Wah! Budak-II kalau dengar ada hari terbuka. Mulut semua terlopong. Jantung berdup dap, dup dap.. Hehe, kta la tu..Takut sangat nak berdepan dengan cikgu. Nak dengar segala kelemahan yang ada pada diri kita.

Haha, Iza lettuw. Serius! Memang berdebar-debar masa tunggu giliran Iza.. Lagi-II bila Pn. Junaida (GURU B, INGGERIS) menjadi peneman setia  Pn. NORIATY (GURU KELAS) masa hari terbuka tu.. Lagilah meremang bulu roma den. Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah pon tiba. Dalam masa tu, nasib Iza dok kena berdepan dengan Pn. Junaida.. 

Sesampai sahaja di depan , Iza suruh encik duduk. Lepas tu, start lah perkara yang merunsingkan hati Iza lagi tadi.. Nasiblah tak lama, Teacher siap puji lagi yang Iza selalu bantu dia, tiada masalah dalam pelajaran.. *Alahai, masa ni Iza rasa hidung Iza kembang kuncup je. ehehe, (BUKAN RIAK EA..)

Lepas je sesi temuduga habis. Iza kelik dengan encik. Sebelum tu, Iza round satu sekolah sebab nak cari adik Iza. Punyalah berlenggang dia jalan. Aiissshh, sabar jela.. Satu yang Iza pelikkan. Biasanya encik, ibu, atok akan memberi khidmat nasihat yang percuma kepada Iza. Tapi result kali ni, macam tak ada ape-II yang berlaku. PELIK ! =.="

Maybe sebab cikgu cakap keputusan Iza nie bagus, ada peningkatan hanya perlu berusaha lagi.Encik terus tak nak komen pape kot. Hehe.. Cuma satu hal menjadi isu.. Guru-guru pasti pantang mendengar pasal "muka buku" A.K.A "facebook".. Hehe, hari tu Pn. Junaida sampai menjerit dengar perkataan tu. PELIK! =.="

Kemungkinan guru-guru tak nak anak muridnya terjebak dengan kelalaian bermain FB je.. Aisshh, penyakit FB, TWITTER, BLOGGER nie dah semakin merebak. Ape ingat semua benda nie takde virus ke? Lagi besar taw virusnya. So, untuk tidak lalai dalam pelajaran. Haruslah dicegah dari awal. DENGAN MENUTUP AKAUN FACEBOOK, TWITTER, BLOG BUAT SEMENTARA WAKTU.. *eceh! Iza sendiri tak tutup lagi.. hehe, But kalau tak nak cuba cara ni. Cuba cara lagi satu. iaitu dengan jarang-II membuka FB.. InsyaAllah kita akan lebih focus dalam pelajaran.

*Huhuhu, menjadi pensyarah tak bertauliah sebentar.*

HA! lagi satu ke"PELIK"kan.. Tadi Iza buka 


So, lepas dah buka tu Iza try la checkedout result pertengahan tahun.. Yang mengejutkan Iza.. Iza dpat result yang nie.


4A4B . . HAHA, padahal 3A5B je. Iza check punya check. Rupanya, SCIENCE Iza dapat A daa.. Tapi, sejujurnya Iza dapat B.. aisshhh, untung ler.. Kenapa cikgu tak ikut dalam SAPS nie je yer? kalau tak untung Iza.. Dapat nombor 2 dalam kelas. Huhu..

Tapi, apa-II pun Iza bersyukur pada Allah sebab telah memberikan nikmat yang tak terhingga kepada Iza. Dan Iza sebagai pelajar harapan sekolah, tidak akan mensia-siakan tanggungjawab yang telah diberikan. Iza nak bahagiakan family Iza. Guru-guru Iza.. Harap impian Iza ni akan tercapai.. AMINNN!! (doakan yer..)

Dan alhamdulillah jugak sebab keputusan Iza meningkat. Walaupun hanya satu subjek, tapi sudah cukup bagi Iza... Iza harap trial yang akan datang resultnya lebih gempak dari result sebelum nie. AMIN !

KDK- Kedudukan Dalam Kelas.
KDT- Kedudukan Dalam Tingkatan.
ALHAMDULILLAH, MENINGKAT.

Okeyla ! da start mengantuk pulak. Go To Go.

- MA'AS SALAMAH -

NoTa KaKi:
Lagu blog Iza sedap tak??
*ceyt! xde kena mengena...

Hanya Kerana Membaca BLOG KAK DYA...

ASSALAMUALAIKUM..


TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA TELAH MEMBUKA PINTU HATIKU. SEMOGA NIATKU INI SENTIASA DIREDAI DAN DIBERKATI OLEH ALLAH. AMPUNKANLAH SEGALA SALAH SILAPKU KETIKA BERNAFAS DI BUMI MU INI YA ALLAH.. AMINN....

Apa khabar readers ..? Sihat semuanya? Iza harap perjalan hidup u all hari ini berjalan dengan lancar dan sentiasa diredai oleh Allah S.W.T . InsyaAllah.. AMIN ! ..  Sebelum tu, Iza nak share satu pic nie yer.. Kejap yer..

Ha ! Tengok bawah ni..

|
|
V

Saya hanya manusia biasa..


Ingat ! Iza tiada niat pon nak mengaibkan sesiapa.. Cuma anggap ini sebagai nasihat dan ambil pengajaran dari apa yang Iza share pada hari ini. 

Firstly ! Credit to KAK DYA. (Tepuk tangan sikit.. CLAP! CLAP! CLAP!).. Sebab bagi Iza share perkara yang baik ini.. Thanx my dear sister.. Meh! Pakat ramai-II serbu blog KAK DYA.. Sambil baca tu, jangan lupa follow yer. Kat bawah ni link Kak Dya..



Hehe, Jadi promoter sebentar bersama KitKat ! *Okey! Merepek..

Okey... Iza terbaca satu entry yang menarik minat Iza .


KEADAAN KITA APABILA DISERU MENITI TITIAN AS-SIRAT..




Tajuk ni jugak Iza dah belajar dalam bulan ni bagi matapelajaran PENDIDIKAN ISLAM. Masa ustazah memberikan tazkirah tentang tajuk nie. Hati Iza terdetik. Betapa banyaknya dosa yang Iza lakukan. Adakah Iza sebagai hamba Allah yang kerdil ini sanggup mengharungi segala keperitan di akhirat kelak. Sungguh, ketika ustazah memberikan keterangan tentang bab ni, air mata Iza mengalir. Tapi cepat-II cover.

ASTAGHFIRULLAHALAZIM. Dan sekali lagi Iza mengalirkan air mata apabila baca tentang MELINTAS DI TITIAN AS-SIRAT nie di blog Kak Dya. Pernah tak kita terfikir bagaimana kita melintasi titian Siratulmustaqim ni.  Huhh.. Iza dah terbayang segala-galanya. Nak mengahayati dengan lebih lanjut.

LET'S CHECK THIS OUT..

Allah S.W.T menyeru...  ""WAHAI MUHAMMAD! BAWALAH UMATMU UNTUK DIHISAB DAN LINTASKAN MEREKA DI ATAS SIRAT YANG DILEBARKAN.PANJANGNYA SEJAUH 500 TAHUN PERJALANAN!"




You see ! 500 TAHUN PERJALANAN! Pernah tak anda terfikir macam mana tu? Aisshhh, Kita yang hidup belum setahun ni pon dah berliku-liku perjalanannya. Lagikan 500 tahun. Tetapi, jika kita beriman kepada Allah, InsyaAllah kita akan dilindungi oleh-Nya.

Jom ke kisah seterusnya..

Ketika itu, Malaikat Malik berdiri dipintu neraka. Dia menyeru.. 
"WAHAI MUHAMMAD!SESIAPA YANG DATANG DARI UMATMU DAN BERSAMANYA ADA PELEPASAN DARI ALLAH S.W.T MAKA DIA AKAN TERSELAMAT!SEKIRANYA SEBALIKNYA,DIA AKAN TERJATUH KE DALAM NERAKA!WAHAI MUHAMMAD!KATAKAN KEPADA ORANG YANG DIRINGANKAN AGAR BERLARI!KATAKAN KEPADA ORANG YANG DIBERATKAN AGAR BERJALAN!"


Kemudian, Nabi Muhammad bersabda kepada Malaikat Malik.
"WAHAI MALIK!DENGAN KEBENARAN ALLAH S.W.T KEATASMU,PALINGKANLAH WAJAHMU DARI UMATKU SEHINGGA MEREKA DAPAT MELEPASI!JIKA TIDAK,HATI MEREKA AKAN GEMENTAR APABILA MELIHATMU!"


Dan kemudian Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad. Selepas itu, umat Nabi Muhammad dipecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada kita.

"IKUTLAH AKU WAHAI UMATKU DIATAS SIRAT INI"

1.Kumpulan pertama berjaya melepasi seperti kilat yang memancar.

2.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang

3.Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik

4.Kumpulan keempat seperti burung yang pantas.

5.Kumpulan kelima berlari

6.Kumpulan keenam berjalan.

7.KUMPULAN KETUJUH BERDIRI DAN DUDUK KERANA MEREKA DAHAGA DAN PENAT.DOSA-DOSA TERPIKUL DI ATAS BELAKANG MEREKA.NABI MUHAMMAD BERHENTI DI ATAS SIRAT.SETIAP KALI BAGINDA MELIHAT SEORANG DARI KITA BERGAYUT DI ATAS SIRAT,BAGINDA AKAN MENARIK TANGANNYA DAN MEMBANGUNKAN KITA KEMBALI.

8.SESIAPA YANG BERADA DI KUMPULAN KELAPAN AKAN MENARIK-NARIK MUKA  SENDIRI DENGAN RANTAI KERANA TERLALU BANYAK KESALAHAN DAN DOSA-DOSA.BAGI YANG BURUK,KITA AKAN MENYERU "WAHAI MUHAMMAD!" NABI MUHAMMAD BERKATA "TUHAN!SELAMATKAN MEREKA!SELAMATKAN MEREKA!"

9. DAN 10.SESIAPA YANG BERADA DI DALAM KUMPULAN INI,KITA AKAN TERTINGGAL DI SIRAT KERANA TIDAK DIIZINKAN UNTUK MENYEBERANG


SUBHANALLAH! BETAPA BANYAKNYA PERNGORBANAN NABI MUHAMMAD KEPADA KITA SEHINGGAKAN BAGINDA MEMBERIKAN SYAFAAT DAN MELINDUNGI  SERTA MENOLONG KITA. SEDANGKAN KITA, SERINGKALI LALAI DALAM KEHIDUPAN., LUPA UNTUK BERSELAWAT KEPADA BAGINDA, LUPA AKAN SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA. WALAUPUN KITA TAHU HANYA BAGINDA YANG DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT DAN MENOLONG KITA DI AKHIRAT KELAK.

Hendak ke kita mati dalam kejahilan? ataupun kesesatan..? Astaghfirullahalazim. Minta dijauhkan semua itu. Ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Jadi, mulakan lah dari sekarang dengan melakukan solat sunat taubat serta melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. 

Janganlah kita menjadi rupa sepuluh golongan yang telah ditukar oleh Allah S.W.T  dan tidak diwujudkan sebagai manusia yang sempurna lagi. Sepuluh golongan itu adalah:

Golongan pertama:Mereka digiring dalam rupa kera,mereka ini adalah manusia yang suka mengadu domba.

 Golongan kedua:Mereka digiring dalam rupa babi.Mereka ini adalah manusia yang suka makan barang batil dan haram.

 Golongan ketiga:Mereka dihalau dalam keadaan terjungkir,Kaki di atas dan kepalanya dibawah.Mereka ini adalah golongan yang makan harta riba'

 Golongan keempat:Mereka dihalau dalam keadaan buta dan dipimpin,mereka ini adalah manusia yang curang dalam menjalankan hukum

 Golongan kelima:Mereka digiring dalam keadaan bisu dan tuli dan tidak berakal.Mereka adalah manusia yang ria'

Golongan keenam:Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah mereka sendiri,sedang lidah itu menjulur ke bawah sampai dadanya dari mulutnya keluarlah nanah yang menjijikkan.Mereka adalah manusia yang ucapannya berlainan dengan perbuatannya

 Golongan ketujuh:Mereka dihalau dengan terpotong kedua tangan dan kaki mereka.Mereka ini adalah orang yang suka mengganggu tetangganya.

 Golongan kelapan:Mereka dihalau dengan mereka tersalib di pokok kurma,tetapi pokok kurma dari neraka.Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk membela penguasa negara yang tidak jujur kepimpinannya.

 Golongan kesembilan:Mereka dihalau dalam keadaan mereka yang berbau busuk lebih dari bangkai.Mereka adalah orang yang suka melampiaskan syahwat dan segala macam kelazatan serta menolak kewajiban yang Allah tetapkan

 Golongan kesepuluh:Mereka dihalau dalam keadaan menggunakan pakaian dari tir yang panas.Mereka ini adalah manusia yang sombong dan takbur.



So, Iza harap anda semua mengambil iktibar dari entry Iza kali ini,. Buatlah pilihan yang sebaik-baiknya. Sama ada ganjaran syurga yang kita mahukan ataupun balasan neraka yang perit kita inginkan. Semoga terhibur entry pada kali ini.. 

*Peace with love.. ^-^

- MA'AS SALAMAH -


NoTa KaKi:
Maaf jikalau ada tatabahasa yang salah,
Ataupun ayat yang tunggang langgang..
Sesungguhnya saya hanya insan biasa,,
Yang sentiasa melakukan kesilapan..
Harap diperbetulkan sekiranya terdapat kesalah.. 

ONCE AGAIN, CREDIT TO KAK DYA. ===>  dyapunyabelog.blogspot.com

Saturday 23 June 2012

Kasih seorang IBU .. + MACARONI AND CHEESE.

ASSALAMUALAIKUM

Holla buat readers yang ter"CANTIK" lagi yang ter"HANDSOME" .. Today, I'm going to share about . "MOTHER" . Ya ! Ibu yang membesarkan kita dengan penuh kasih-sayang. Sanggup berpenat lelah semata-mata untuk keselesaan kita, kenyang perut kita .. Tapi. Pernah tak terfikir yang Ibu kita melebihkan kita dari dirinya sendiri. ? Makan minum kita dijaga, kadang-kadang sampai dia kelaparan kerana mahukan anak-anaknya kenyang.. 

Bila kita kata "MAKAN BU / MAK / UMI ".
Mereka jawab . "TAKPELAH, MAKAN DULU."
Bila yang tinggal hanye sebutir nasi dan sesenduk lauk, itupun cuma kuah je, ibu kita cakap.."TAKPELAH, IBU DAH KENYANG."

Pernahkan? Herm, itulah kasih seorang ibu. Cuma antara kita , adanya yang tak sedar dengan pengorbanan ibu kita. 

*Maaf jika ada yang terasa..sekadar berkongsi cerita..

Haissh, itulah yang terjadi dekat Iza. . Dua, tiga hari yang lepas Iza melepaskan hajat Iza untuk makan MACARONI AND CHEESE. dekat ibu.. Tetapi, ibu cakap. "MANE ADA DUIT NAK BELI BAHAN-BAHANNYA." . Okey ! Masa tu, muka Iza terus bertukar kepada muram. (Ish!Jahatnya Iza) Bila ibu perasan dengan perubahan Iza, ibu terus tanya. "APA BAHAN-BAHAN NAK BUATNYA.? KENALAH CARI DULU.". Serius ! terus berubah muka Iza kepada senym meleret ke telinga. Ish-II ! ..

Lepas tu, Iza cakap la dekat ibu yang Iza da siap listkan semua bahan-IInye..  BUT ! TAK BELI PON .. BUAT PON TAK.. hehehe.. Tak sempat la. Ibu dah macam bos besar dekat butik.. (Memang bos besar pon) , Lepas tu, Iza busy dengan homework.. Manelah sempat nak buat.. Cakap je lebih Iza nie. Heehehehe..

*Peace sambil wat muka chumel.. (^.^)

But ! Iza nak share sikit resepi nak buat macaroni and cheese ni. Meh! Meh! Tengok kat bawah nie..


|
|
|
V

MACARONI AND CHEESE


-----------------------------------------------------------------------------------

Ingredients

1/2 (16 ounce) package fusilli (spiral) pasta ( ros guna pasta penne, rebus dan ros potong 2 )
1/4 cup margarine
1 tablespoon minced onion
1/4 cup all-purpose flour ( ros guna tepung gandum)
2 cups milk
4 ounces processed cheese food ( ros guna mix cheese)
1/4 cup blue cheese crumbles ( xletak)
1/4 cup cubed Cheddar cheese ( ros guna powder parmessan cheese)
1 teaspoon salt
1 pinch ground black pepper
1/4 teaspoon dry mustard ( x letak)

Directions

1. Fill a large pot with lightly salted water and bring to a rolling boil over high heat. Once the water is boiling, stir in the fusilli, and return to a boil. Cook the pasta uncovered, stirring occasionally, until the pasta has cooked through, but is still firm to the bite, about 12 minutes. Drain well in a colander set in the sink.

2. Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C). Lightly grease a casserole dish.
3. Melt the margarine in a large saucepan over medium heat; cook the onion in the melted margarine until translucent, about 5 minutes. Whisk the flour into the onion mixture; cook 1 minute more. Slowly pour the milk into the mixture while whisking until the milk is entirely incorporated. Add the cheese food, blue cheese, Cheddar cheese, salt, pepper, and mustard; cook and stir continually the cheese has melted and the mixture is thick; fold the pasta into the mixture. Pour the mixture into the prepared casserole dish.
4. Bake in the preheated oven until the top begins to brown, about 20 minutes.

*hrap maklum ! Pic copy and paste je.. HEHE

-----------------------------------------------------------------------------

I got this recipe from HERE ! .. Thanx to JintanManis sebab share cara-cara nak buat macaroni.. Bukak la link tu... Nasi ada, lauk ada, minuman pon ada... Bak kata atuk kat astro tu.. *MACAM-MACAM ADA..* Hehehe... Rugi kalau tak mai.. 

Hehehe, Okeyla.. selamat mencuba ! Kalau buat share tau dengan Iza.. hehe, Hulur-hulur sikit dekat sini.. Lalala...~ K la , dah ngantuk la.. nak cari bantal.. huhuu..

- MA'AS SALAMAH - 

NoTa KaKi:
I'm was falling in love with someone..
Adakah ini ujian dari Allah?
Ya Allah, aku reda jika ini terbaik untukku..

* SAYANGI IBU ANDA SERTA BAPA ANDA SEPERTI MANA MEREKA MENYAYANGI ANDA.!

Thursday 21 June 2012

Wordless Thursday..

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ini Iza kehilangan kata-kata untuk berbicara. So, Iza just share PIC IZA MASA KAT P.PINANG JE. huhu, Pic Iza je taw, hoho.. promote diri nampak.. hehe, Tak taw! Tak taw ! 

ada orang cakap, Iza pakai tudung ni nampak cantik ! hehe.. >,<"









Dah ? Dah tengokkan? Ya, g0ood. hehe, tak nak tengok pon, sebab nanti timbul perkara lain pulak. Iza cuma nak share je. Borink ! Tak tau nak buat apa.. hehehe..

- MA'AS SALAMAH -

NoTa KaKi:
Seriusly ! Tergelak masa tengok pic-II kat atas nie.
Pipi Iza dah tembam...  ^,^"
Hehehe. nampak sangat dah gemuk !
Kena pergi wat treatment nie.. Daaa.... :-)


Saturday 16 June 2012

~ Selamat Hari Bapa.. Sayang Encik ! ~

..ASSALAMUALAIKUM..

Wah! Hari ni Iza rasa bersemangat pulak nak update blog. tepat pukul 12! bertarikhkan 17.6.2012 . . Maka termeterailah Hari Bapa bagi tahun 2012 ! Eceh ! Ayat macam tak boley pakai. Hehe. Nak tahu ape yang membuatkan special sangat Hari Bapa tahun nie.

HOHOHO. INILAH DIA.


AIR MILO
Eh! tapi pic Air milo nie lain macam je. Siap ada pic nasi lemak kat belakang tu. Hehehe, sebenarnye pic nie upload kat google jer. Tady tak sempat nak snap pic lepas wat air tu. Terus bagi kat encik. Ala, kira halal lah yer. Buat-buat tak tahu je. lalala..~

Dan ini pulak MY LOVELY FATHER..

Yang sebelah , yg pakai tudung pink tu. Ibu yang paling saya sayang.. !

Mesty ada yang tertanya-tanyakan. Tak kan air milo je? Ala, jadilah tu.. Tu pon encik Iza dah bersyukur. Siap dia cium pipi Iza taw. Kau ada? hehehe

Mesti ada satu lagi perkara yang bermain kat fikiran u alls kan.

KENAPA IZA PANGGIL ENCIK ? PELIK KAN. KAN TU AYAH IZA..

HA ! Tu lah yang specialnya encik Iza nie. Iza rasa korang semua mesti jarang dengarkan. Hehe. Panggilan tu kira dari keturunan lah. Encik and adik-beradik encik yang lain. Panggil atuk lelaki Iza dengan panggilan "ENCIK" jugak. So, takde yang pelik sangat lah.. Normal la tu.. Bila kita dah biasa sebut, kita akan rasa selesa.

TAPI, ha ! tapi lagi. Berapa banyak tapi lah kan.. Hehe, okey. Sambung balik. tapi Iza panggil Pakngah belah encik Iza dengan panggilan "AYAH" .. Hahaha, dah terbalik.. (xde ape yang lawak pon) .. Hehehe.. Ok la, sampai sini je nak share citer ngan u alls.. Harap enjoy la baca entry kali nie yer.. TY FOR READING ! LOVE U ALLS..

- MA'AS SALAMAH -

NoTa KaKi:
Jangan pandang hina sangat yer dengan panggilan 'ENCIK' tu..
Itulah yang membuatkan encik Iza lain daripada bapa yang lain..

- Begini Caranya -

ASSALAMUALAIKUM

Holla ! MarshMillow ! Makan roti telur.. Huhu.. Dah lamenya tak update blog. Almaklum lah, bak kata kawan Iza la.. "MANGSA PMR tahun 2012" . Semuan benda tak sempat nak buat. Yang ingat dalam kepala ni cuma PMR ! 

Fuh ! Letih rupanya jadi pelajar ni.. Dalam hati selalu berdoa supaya semua nie cepat selesai. Penat,, lagi-II sekarang ni. Selalu tidur lambat. Uisshh ! Bahayakan. Guys ! Jangan ikut macam Iza. Nanti kesihatan anda terjejas. Hehe, eceh ! dah macam doktor pulak.

Lebih kurang 2 or 3 minggu lebih , peperiksaan Pertengahan Tahun sudah lepas. Memang lega la bila semua tu dah lepas. Tapi sekarang, saat getir untuk mendapat result .. Bila tengok results yang ade kat 
SAPS
- Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah -
Pergh ! memang tak boleh dibanggakan langsung. Hancur hati Iza bila dapat tau Iza cume naik 1 subjek je. But, yang paling Iza bersyukur , takde subjek yang penting dapat 'C' .. Alhamdulillah..

Result yang membimbangkan

Ustazah cakap, ade 100 lebih hari lagi ( eh ! betul ke ayat den nie) tapi result kita hanya dapat yang mcam di atas je. Jadi, ambil iktibar daripada result ni. Berusaha dengan lebih lagi. Jangan jadikan keputusan hari sebagai penghalang. And then, ustazah bagilah beberapa tips untuk menjadi pelajar cemerlang. Tipnya sama macam selalu. But , yang Iza share nie, Iza ambil kat google.

--------------------------------------------------------------------------------------


 ! BACA LAH KALAU RAJIN !
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran

-------------------------------------------------------------------------


Waduh ! Panjang giler, . Hehehe, siapa yang baca habis tu Iza ucapkan TAHNIAH ! siapa yang tak tu, Iza cuma mampu mengucapkan ribuan TERIMA KASIH ! hehe, jangan malas-malas. Ok la, sampai sini je Iza nak share. Kalau ada citer lain or Iza rajin nak menaip, Iza update lagi blog nie. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA .. Lebius alls..

NoTa KaKi:
I'm single now ! 
Don't ask why. (eceh! tu pon nak citer)
hehehe, have fun..