Tuesday, 27 December 2011

September Yang Pertama..




..ASSALAMUALAIKUM..

Jawab salam Iza tau,, kalo anda jawab maknenye anda sayang diri anda.. Kalo x, tak taulah Iza.. Mesty readers Iza tau kan kenapa kena jawab setiap salam yang diberikan.. Yang tak tahu tu , Iza nak bagitau.. 

ORANG YANG MEMBERI SALAM HUKUMNYA

SUNAT !

ORANG YANG MENJAWAB SALAM HUKUMNYA

WAJIB ! 

So, cuba anda fikirkan.. Kalaulah anda semua tak jawab salam Iza or sesiapa pon.. Hukumnya jatuh la berdosa kan?? RIGHHT??

Iza bukan nak kutuk or perli sesiapa . Cuma Iza nak ingatkan jer.. Iza tengok kat laman muka buku ramai yang lupa nak beri salam bila nak mulakan chat.. Yang dimegahkan 'HYE' 'HELLO' tak p0n terus tanya soalan yang Iza malas nak jawab.. Apa salahnya kalau beri salam dulu.. Bukannye lama sangat pon nak menaipnye.. Tak sampai satu jam pon wak..

Lepas tu, bila Iza tegur tak nak terima.. Cakap nak mengenakan dia pulak.. Aissshhh ! Sabar jelah.. ~
Bila Iza dah beri salam.. Tak nak jawab pulak.. Ayyoooo.! Maybe dia jawab dalam hati kot.. Entahlah.. Manusia.. Banyak ragamnya.. Ada yang itu, ada yang ini.. Ada yang itu ini.. Ish3..

Okeyla, up to u la kan.. Kalau Iza macam tu, tegur Iza tau..

Hehehe, alamak ! Terlebih pulak Iza membebel.. Hohoho..~

Readers Iza macam mana?? Semua sihat tak?? Hope sihat-sihat n sentiasa ceria la yer.. Jangan moody-moody tau.. Kalau tak, tak handsome/cantik lah readers Iza shemua nie.. Kan3??Kembang shemuanye bila dipuji.. Hehehe.. Xdela, gurau aje.. Hope tak ambil hati yer..

Pada entry yang lepas Iza ada cakap nak ceritakan tentang novel 'SEPTEMBER YANG PERTAMA' kan?? Betul tak? Itupon kalau awak shemua bacalah.. Kalau tak baca tak ape.. Tiada paksaan sayang...



Hehehe.. Sebenarnye kalau ikutkan hati Iza malas pulak nak ceritakan.. Tapi Iza dapat request dari kak Adlina untuk ceritakan serba sedikit tentang novel nie.. Tak ape, demi akak.. Iza sanggup buang kemalasan Iza jauh-jauh.. Wahh ! Hehehe..Jangan pikir lain pulak yer.. Iza ikhlas tau nak tulis semua nie.. Yang Iza perlukan, jari-jemari Iza and idea yang datang mencurah..

But, sebetulnya.. Iza tak ada idea nak tulis macam mana.. Tapi jemari nie main taip je.. Macam gambar animation kat bawah nie..


Hohoho..~

Ok la, tanpe banyak bercerita lagi.. We start our journey. Iza nak ceritakan tentang novel yang Iza dah baca dengan penuh penghayatan nie. Huhuhu, sebenarnya Iza dah lama dah habis baca novel ni.. Satu hari baca dah siap.. Tapi Iza tak ada masa nak update blog.. So now, Iza curi sikit masa tidur Iza semata-mata nak update blog nie.. Kalau tak sunyi je kan.. Hehehe.. Ala,, nie belum naik sekolah lagi. Kalau naik sekolah parents Iza dah beritahu awal-awal.. Nanti 'Facebook' or 'Blog' tak boleh selalu dibuka.. Ayooo !

Ish.. Ish .. Ish.. Yela , tahun depan dah nak PMR.. So, kena kurangkan berhibur. Bermacam-macam perasaan yang melanda Iza sekarang nie.. Terutama sedih dan gementar..



Iza nak ceritakan sinopsis ''SEPTEMBER YANG PERTAMA'' nie..::

“Dia yang asing bagiku, rupanya itulah cinta pertamanya… Dibisikkan pada bayu laut bahawa dia mencintai Mithali sehingga air mata mengalir membasahi pipi…”


Gangguan cinta terlarang telah membuatkan Mithali hilang rasa percaya kepada cinta dan lelaki! Baginya cinta itu jijik, memualkan dan hanyalah nafsu semata-mata. Lelaki pula padanya adalah objek yang harus dijauhi dan dibenci, bukan disayangi.

Namun tiada siapa yang menduga September yang pertama telah merubah seluruh hidupnya. Dia telah bertemu dengan seseorang yang mengajarnya bahawa tiada sesiapa pun dapat menghalang hukum alam apabila dirinya dipilih untuk jatuh cinta tetapi perjalanan untuk bersatu itu bukan mudah.

Takdir telah menghalang mereka untuk bersatu. Bagaikan tiada jalan untuk bersatu, mereka pasrah. Tetapi mereka juga tahu, takdir tidak sekejam itu. Seperti Adam dan Hawa yang telah dipisahkan, mereka juga akhirnya telah ditemukan.

“ Kerana dikecewakan lalu membalas dendam. Bersikap pura-pura naïf,alim,baik… semuanya untuk menjerat lelaki untuk jatuh cinta kepadanya.. Kemudian apabila ada lelaki jatuh cinta padanya, dikecewakan pulak! Kononnya untuk membalas dendam atas kekecewaannya dahulu.. Fantastik! “…-ISRAR

Dia bertegas denganku kerana cerita Eddy.. Lelaki itu fikir aku sengaja menggodanya..Dia nampak terlalu kecewa. Aku terlebih lagi kecewa, Is.. Tiada tempat dihatiku untuk insan bergelar lelaki.. Aku bukan membenci tetapi terlalu jemu memikirkan tantang cinta dan perasaan yang perlu berbalas.. Zulkif telah merampas perasaan nadi itu suatu ketika dahulu.. Maafkan aku Is.. –MITHALI

“ Saya tak akan berhenti mencintai perempuan bernama Mithali.. Kerana bagi saya,dia adalah segala-galanya.. Walaupun ditakdirkan tak akan memilikinya, saya tetap akan mencintai dia selama-lamanya…”..-ISRAR



Itu baru sinopsis .. Belum huraian Iza lagi.. Agak panjang la.. Okey, sekarang Iza nak huraikan pulak:::

Mithali seorang gadis yang suka memendam rasa/perasaan terhadap sesuatu perkara.. Dia lebih suka beralah daripada menjadi kalah.. Setiap kemarahan , hinaan atau cacian yang dilemparkan padanya dianggap perkara kecil dan tidak perlu dibesarkan.. Disebabkan dia hanya anak angkat kepada Datuk Razali.. Jadi dia perlu beralah kepada adiknya iaitu Arisya.. 

Arisya pula sentiasa mencari kesalahan kakak angkatnya selepas kematian ibu kandung mereka.. Setiap kemarahan akan diluahkan kepada kakaknya sehinggakan semua barang keperluan kakaknya dirosakkan... Tetapi Mithali hadapinya dengan tabah dan sabar..

Tak cukup dengan itu.. Mithali diburu oleh sang penghawa nafsu yang menginginkan cinta dari Mithali.. Perbuatan Zulkif sentiasa berlegar-legar di mata Mithali.. Dan Mithali tak sanggup menerimanya kerana menganggap perbuatan abangnya itu keterlaluan.. Walaupun mereka hanya adik beradik angkat tetapi tetap juga Mithali tidak boleh menerima cinta dari Zulkif (abangnya)

Tetapi semuanya terbongkar ketika hari jadi Mithali pada 1 September.. Ayahnya memberitahu Mithali bahawa Mithali ialah anak kandung kepada Datuk Razali dan isterinya.. Manakala Arisya pula hanya anak angkat mereka.. Tetapi kebenaran ini hanya diketahui oleh Mithali dan ayahnya sahaja.. Dan ini menyebabkan Mithali ingin menghindar dari cinta abangnya secepat yang mungkin..

Dalam masa yang sama, Datuk Razali ingin menjodohkan Mithali dengan Muiz Iqbal iaitu anak kepada kawannya.. Adakah Muiz Iqbal menerima Mithali dalam hidupnya..??? Hehehe, tu kena baca sendiri.. Iza tak boleh nak huraikan.. Takut u all semua pening pulak.. HEHEHE..~~

Kehadiran Israr pula menambahkan lagi keseronokan novel ini.. Israr yang berperwatakan ceria dan mudah bertoleransi membuatkan hati Mithali tercuit dengan kehadirannya.. Israr pula menganggap Mithali seorang gadis yang mencabar dan susah untuk meramalkan perasaannya.. Tapi, dengan kehadiran Israr.. Mithali berjaya untuk meluahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini.. Itupun hanya sedikit.. 

Perasaan Mithali bercampur baur dengan kehadiran Israr.. Adakah itu tandanya cinta mula berputik?? Dalam kecerian terselit kerinduan. Tapi Mithali hanya menganggap itu hanya ilusi sementara sahaja.. Dan akan lenyap pada keesokan harinya.. Dia hanya mahu menunaikan hajat ayahnya dan hanya ingin membalas jasa ayahnya yang selama ini telah membesarkannya.. Jadi dia merelakan ikatan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah kepadanya.. 

Zulkif tidak boleh menerima ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.. Dia masih menantikan Mithali untuk menerima cintanya.. Akan tetapi, rahsia yang disimpan di antara Mithali dan ayahnya terbongkar jua.. Betullah bak kata pepatah.. "SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT,, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA.." Dalam masa yang sama, Arisya juga terdengar perbualan mereka bertiga .. Dan terjadilah satu peristiwa yang membahagiakan dan memeritkan.. 

Hehehe, sampai sini je Iza boleh ceritakan.. Takut u all pening pulak masa bacanya.. Hikhikhik.. Harap fahamlah yer.. Iza tak tahu nak huraikan macam mana lagi.. 

But, Iza nak cakap something ...Hehehe, masa Iza kenal dengan 'Si Dia' pon pada bulan September gak... Tak sangka pulak Iza .. Masa Iza beli novel nie.. Iza langsung tak terpikir ni semua.. Sampai je kat dalam kereta untuk balik ke rumah, Iza terus tanya tahun lepas kita puasa dan raya bulan berapa.. Hehehehe.. 

Ok la readers semua.. Mata Iza dah ngantuk la.. Rasa nak baring kat bantal empuk jer... Kat telinga Iza ni dah terngiang-ngiang suara bantal-bantal Iza memanggil.. Hohoho..~ Semoga terhibur dengan entry kali nie... And sweetdreams semua.. Cuci kaki sebelum tidur yer.. Hehehe..

- MA'AS SALAMAH - 




2 comments :

adlina said...

wow panjangnya entri kali ni..hadoi rasa besalah plak kat adik..sebab akak tak pasal-pasal adik kena stay up untuk tulis entri pasal novel tu..sory ek..hmm xpe2 nanti bila akak free akak lukiskan doodle untuk adik ek..^_^.

lepas baca entri ni, akak rasa macam teringin plak nak baca novel tu..hari tu dah cari kat kedai buku yang dekat ngan USM tapi tadak.. hmm lepas ni akak try tgk dekat popular la plak..hahahaha...neway, tengs ek adik

amieza eizattie said...

hehehehe,, most welcome kak.. eh ! xpela.. adik ikhlas buat entry nie.. xpela, susahkan akak je.. blog adik nie pon da lame x update.. so, terajin pulak jaga malam.. hehehe.. adik biasa update blog malam2.. kalo pagi xde idea..

mmang digalakkan untuk membeli kak.. hehehe,, adik beli novel nie pon kat popular.. kalo x jumpe gak, turun Batu Pahat Mall kak.. cari kat kedai popular.. insyaAllah ade.. hehehe..