Saturday, 27 February 2016

 Salah aku ke kalau aku nak merasai bahagia?
Salah aku pentingkan diri sendiri?
Salah aku ke tak pernah tahu isi hati kau?
Salah aku ke...

Kalau kau tahu, setiap bait kata aku cuba kawal untuk pastikan kau tak terasa..
Kalau kau tahu, aku cuma nak ada bersama kau je..
Kalau kau tahu, betapa aku bersusah payah untuk bersama kau, betapa aku cuba melawan dengan perasaan kecewa, marah, geram, terluka dengan kelakuan kau..
Kenapa aku rasa aku ni cuma, bukan sesiapa bagi kau..
Ke aku terlampau berfikir negatif?
Ataupun aku cuma tak nak kau tinggalkan aku?
Aku pun tak tahu.. setiap kali tengok gambar kau dengan dia . Hati aku jadi sakit. Kenapa gambar dia kau boleh post gambar aku tidak? Kenapa kau update semua berkaitan dia tapi aku tidak? Kenapa kau sorokkan aku dari pengetahuan keluarga kau?

Kengkadang aku cemburu, cemburu dengan orang. Yang keluarga dia merestui hubungan mereka. Yang keluarga saling kenal antara satu sama lain. Yang keluarganya terima dia seadanya. Maafkan aku andai terkasar bahasa, cuma hati wanita aku meminta begitu. Aku cemburu, aku iri , aku penat, aku rasa macam aku seorang je yang beria nak kan kau.. tahu tak sakit ?? tahu takk?!!!
Huhhh, kalau betul kau sayang aku.. kau tahu apa yang perlu kau lakukan.. Maafkan aku sekali lagi..
Andai kau terbaca nukilan ini, aku cuma nak kau tahu.. sesayang aku kat kau, secinta aku kat kau.. aku tetap tersimpan juga terselit sedikit kelukaan dan kekecewaan atas diri kau.. maafkan aku .. aku cuma manusia biasa..

No comments :