Friday, 10 August 2012

Kenapa Wahai Kaum Adam...?

ASSALAMUALAIKUM..


saje pleasing pic.. hoho..~

Salam Ukhwah Fillah!

Alhamdulillah.. sekarang dah masuk hari ke 22 kita berpuasakan. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah sebab telah memanjangkan umur kita untuk terus beribadat kepada-Nya.. Ucap ramai-II

ALHAMDULILLAH 

Hermmm, hari ni Iza nak cerita pasal apa yer? Ha! Nak cerita pasal LELAKI..

Setiap hamba Allah yang ada didunia ini dilahirkan dengan pelbagai sifat.. Ada yang dilahirkan dengan sifat itu.. Ada yang dilahirkan dengan sifat macam ni.. Tapi , adakah kita sedar semua sifat yang ada pada kita. Terutamanya kaum lelaki... Hanya satu sifat yang sukar dikikis meskipun dah cuba berus dengan berus dawai.. *Subhanallah! Mesti sakit.. Hehe.

iaitu

EGO !

Sebagai seorang perempuan/wanita/isteri kita selalu berteka-teki tentang sifat lelaki yang satu ni.. 



Langsung tak nak mengalah ! Boleh dikatakan 95% asyik kaum Hawa je yang mengalah..Yang duduk sambil makan hati berulamkan penggaga.. *amboi! teruk benor kiasan Iza..
Tapi kaum Adam,. Haissh. langsung tak ada perkataan 'MENGALAH' dalam kamus hidup depa.. 
EH! EH! Jangan attack saya dulu.. Perkara ni tak berlaku kepada semua kaum Adam tetapi hanya segelintir sahaja .. You know which side you are guys..!  *hikhok..

Ok, selepas membuat penyelidikan dan ujian forensik.. *eceh! .. Iza dapati ada beberapa sebab yang menjadikan seorang lelaki itu EGO tahap bangunan KLCC..



1. SIFAT KELAKIAN :

Lelaki dijadikan oleh Allah S.W.T dengan sifat kelakian yang kasar dan keras.. *oh! macam batu rupanya lelaki ni.. hehe, jangan marah nnaaa .. Ini kerana, lelaki menjadi pembimbing dan membimbing serta menjaga wanita.. Dan mungkin juga dia sebagai lelaki maka menggunakan sifat kelakiannya ke atas perempuan yang lemah .. *adeh! jangan marah saya..


2. LELAKI SEBAGAI KETUA :

Lelaki dijadikan Allah sebagai seorang ketua.. Ketua keluarga dan seorang pemimpin. Sifat ketua keluarga atau pemimpin itu menjadikan seorang lelaki mempunyai ego yang tinggi.. Dia berasa dia seorang yang berkuasa ke atas orang bawahannya, isteri, girlfriend yang dianggap lemah.. Segala keputusan terletak di atas telapak tangan depa.. Entah betul or tak.. Samaada adil ataupun tidak.. Yang dia tahu , dia bertanggungjawab ke atas segala keputusan yang dia buat..


3. JATUH MARUAH :

Oh My Gucci! Apa kes,? Hehe, ini mengikut observation yang Iza dapat selama hidup 15 tahun di dunia.. Mereka ni mudah rasa tercabar apabila mereka mengalah dengan kaum Hawa.. Oh! Lelaki.. Tingginya egomu.. Mereka merasakan diri mereka yang lebih layak untuk menang dan tidak boleh kalah kepada perempuan.. FOR EXAMPLE:
Bila perempuan merajuk, lelaki bukannya nak pujuk.. Buat muka 10 sen je.. Begitu egonya lelaki terhadap kita kaum Hawa yang lemah lagi tidak bermaya ni.. *ececeh.. Last-II, kita yang perempuan ni la kena pi merangkak sampai kerumah dia semata-mata nak pujuk dia.. 
ADA KE PATUT???


4. BELANJAWAN PANAS a.k.a BAJET HOT :

Oh! Mukanya dah kacak lagi bergaya. Rupa paras dah boleh jual.. Muka dah macam jambu, boleh cair hati mana-mana perempuan kalau diaorang tengok.. Sekali pandang tak puas. Kena pandang banyak kali.. *wei! maksiat-II. Lama-lama jadi teleng.. Amekkaw! Orang hot la katakan.. *Adeh! tak kemana hot tu.. Neraka lagi hot..*  Sekali petik sepuluh yang datang tau.. Kalau yang datang tu muda takpe gak. Dapat yang dah berkedut.. Ambilmu ! hehe.. Sebab tu lah lelaki sebegini ego dia letak kat paras yang paling tinggi dalam hidup dia.. Yyeeaayy!!


5. NAK MENANG :

Ha! Yang ni satu lagi spesies.. Haissshh,, Lelaki jenis ni, dia asyik fikir nak menang je dalam setiap perkara..Dalam mind set dia, dia fikir nak menang ! Tak boleh kalah!.. Nak menang! dan Tak boleh kalah! Sebab tu kalau terjadi pergaduhan antara lelaki dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki terserlah spesies lelaki yang macam nie. Sudah terang tak perlu pakai torchlight untuk menyuluh lagi.. Egonya sudah pasti terserlah.. Astaghfirullahalazim..


6. KAYA :

Awok! kita tau lah duit awak tu dah berkepok-kepok.. Sampai terkoyak wallet sebab banyak sangat duit dalam tu.. Tapi percayalah wak, sebanyak manapun duit yang awak ada.. Berjuta mane pun harta awak.. Kalau egonya tinggi tahap langit.. Lebih baik tak payah.. Lebih bagus awak sedekah kat orang yang memerlukan.. Ha! Tu lagi bermanfaat.. Lagi banyak pahala yang kita dapat.. 


7. TAK TERIMA PANDANGAN ORANG LAIN :

Oh! Ni la yang paling Iza tak suka sekali.. Segelintir lelaki ni dia fikir dia jelah yang betul.. Dia jela yang bagus.. Kita yang sebagai perempuan nilah kena ikut cakap dia.. Apa dia nak semua kena bagi.. Dialah pembuat keputusan. Dia sebagai petindak dan dia jugalah sebagai kepala.. Pandangan orang lain dia langsung tak endah.. Dipandang sepi saja..Tak selayak pendapat dia.. Tart Nanas betul! Tapi, bila dah salah langkah.. Mula lah nak gelabah macam kucing hilang anak. 



JADI, ITULAH OBSERVATIONNYA. 

Begitu egonya lelaki sampai semuanya dia nak kaut.. TAPI ITU HANYA SEGELINTIR SAHAJA. Walauapapun , sebenarnya kita ni semua sama sahaja. Tak ada kurang, tak ada lebih.. Cuma, sifat kita je yang berlainan.. Eh! yeker? Tak-II kita semua sama sahaja.. Diulangi ,

KITA NI SAMA SAHAJA 


Okeyla, time to sleep. Go To Go.. Selamat berpuasa semua! Jangan ingat nak raya je tau..

- MA'AS SALAMAH -

SEMALAM DAN HARI INI IZA TRIAL PMR SAMPAI RABU MINGGU DEPAN.. ALHAMDULILLAH, PAPER HARI NI DAN SEMALAM IZA DAPAT JAWAB DENGAN TENANG. TERIMA KASIH YA ALLAH.. KERANA TELAH MEMBERIKAN KETENANGAN KEPADA IZA UNTUK MENJAWAB. I HOPE I CAN ANSWER ALL THE SUBJECT THAT I TAKE.. PRAY FOR ME YA.. DOAKAN KITA DAPAT 8A DALAM TRIAL PMR AND PMR TAHUN NIE.. THANK YOU SO MUCH! LOVE U ALL..

Lupa nak mention. Sebenarnya ada jugak segelintir perempuan yang ego dia tinggi.. Contohnya kita la.. (IZA) HEHE.. But, kita ego sebab nak menang je yer.. Takde sebab lain.. Huhu..

No comments :