Thursday, 2 August 2012

Kita Hanya Insan Yang lemah..~~

ASSALAMUALAIKUM ..

Salam Ukhwah Fillah !




Wah! terasa bersemangat pulak nak update blog.. Iza baca artikel di  I LUV ISLAM.COM tentang Remaja dan Cinta. Ohh! Terasa ingin menangis.. Betapa kerdilnya Iza nie..

SEBELUM TU.. BACA BAWAH NI

Iza cuma seorang hamba yang lemah, yang imannya selalu naik turun, naik turun macam lif yang ada kat shopping complex. Tapi, Ingatlah.. Iza share entry ni pun disebabkan rasa tanggungjawab seorang hamba Allah.. Bukannya Iza nak tunjuk baik. Iza pun takdelah baik sangat. Tapi seperti yang Iza cakap tadi,, Iza cuma nak kongsi cerita sahaja. Sebagai peringatan untuk kita untuk menjadi yang terbaik..


Dah bacakan? Erm,, so.. Iza nak minta maaf dulu jika entry Iza ni membuatkan anda tidak puas hati. Tapi percayalah, Iza pun macam anda semua. Sentiasa melakukan kesalahan.. Maaf..


Okey ! Jom check this out.. I'm gonna tell u.. Maybe kita dah selalu sangat dengar benda nie. Dah naik muak dah ! Tapi pernah tak kita ambil kata-kata disebalik sepotong ayat Al-Quran ini..

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."

(Surah an-Nur, ayat 26)


Faham tak maksud disebalik ayat Al-Quran diatas.. Okey, Iza membuat kesimpulan, manusia ini bermacam-macam attitudenya. Tapi, disebalik sikapnya, ADA BAIK dan juga ADA BURUKnya.. Ini dapat dilihat lagi terang tidak perlu bersuluh dengan masalah remaja sekarang.. iaitu

COUPLE 

CINTA

Itulah masalah remaja sekarang.. Awak, TIDAK SALAH UNTUK BERCINTA tapi kena pada tempatnya. Tidak perlu menunjukkan cinta kita pada 'SI DIA'. Cukuplah sekadar menyukainya secara senyap. Oh! Apatah lagi duduk ditepi longkang yang ada di taman sambil berpegang tangan. Itu lagi HARAM . BERDOSA kawan. 

MAAFLAH, bukan apa.. Iza tengok sekarang ni ramai remaja yang telah tersasar dari akidahnya. Ni yang makin membimbangkan ibubapa serta orang lain. Saudara dan saudari.. Sedarkah anda.. Kita berlangkah-langkah mendekati neraka apabila kita berbuat sedemikian.. Tidak kiralah berpegang tangan ataupun tidak.. Tapi, apa yang Iza pasti.. DUDUK BERDUA-DUA PUN TAK BOLEH. sebab. Di antara kita berdua, pasti ada yang ke-3 .. iaitu


SYAITAN..

* Tapi Iza, sekarangkan bulan Ramadan, mana ada syaitan..


Eh! awak.. Bulan Ramadan ni lah kita kena berwaspada taw. Sebab apa.. ? 

JIKA KITA TAK BERWASPADA, MAKA NAFSU KITA MENGHANTUI DIRI..

*Boleh ker jadi macam tu??

Boleh! Contohnya, apabila kita berada di bazar Ramadan. Kita kalau boleh nak angkut dengan tuan-tuan kedainya sekali. Begitu teruk kita berbelanja.. Sebab nafsu kita yang sedang lapar menghantui fikiran.. Begitu juga dengan situasi ber'couple' .. Kita tak sedar yang nafsu kita sedang menghasut fikiran ingin mencuba.. Kemungkinan kita boleh terjerumus ke lembah maksiat sekiranya Iman kita tidak kuat.

Tapi , adakah kita sedar semua itu?? #.. Pikir sendirilah ye..

Herm, sedar tak sedar.. Ia memberi kesan buruk kepada kita jika kita tidak mematuhi segala larangan Allah dan mematuhi segala perintah-Nya. Itulah kesimpulan ayat Al-Quran di atas..

Sorry kalau pendapat Iza ni tidak boleh diterima. Hanya kesimpulan Iza sahaja.. Tegur jika salah .
Okey, Iza nak focus kat one sentence nie..

BERCINTA BOLEH TAPI JANGAN MELEBIHI BATAS-BATASNYA.

Kita sering melihat dan mendengar pelbagai karenah rakan-rakan yang ber'couple' ini. Sebagai contoh, mereka menghabiskan banyak masa bersama 'SI DIA' dan mendengar janji-janji manisnya yang disampaikan dengan suara yang sengaja dilunakkan serta dilembutkan. Bukankah suara itu juga sebahagian daripada aurat kita?
Allah SWT berfirman,
"...Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."(Surah al-Ahzaab, ayat 32)


Mengapa perlu mengucapkan kata sayang, rindu, cinta dan sebagainya jika kita belum tahu adakah dia benar-benar yang halal buat kita.? Oleh itu, simpan kata-kata manis itu baik-baik. Takpun simpan dalam poket, simpan elok-elok supaya tidak berciciran untuk bagi kat 'SI DIA' yang benar-II halal untuk kita..

Jadi, kesimpulannya, jika kita dah menemui pasangan yang sesuai untuk kita.. Kita diharuskan mempercepatkan perkahwinan.. Sabda Rasulullah S.A.W. 

"Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

BAGI YANG KESEORANGAN, JANGAN TAKUT DILANDA KESEPIAN.. SEBAB..


Betapa beruntungnya kita yang single nie.. Allah mencarikan jodoh yang terbaik buat kita.. So, jangan risau jika anda kesunyian.. :))

AKHIR KATA, INGATLAH


SO, SELAMAT BERAMAL..

- MA'AS SALAMAH - 


SAYA SUKA AWAK DALAM DIAM, SEBAB ITU LEBIH BAIK DARIPADA MELUAHKANNYA..SEBAB SAYA HANYA MANUSIA YANG LEMAH, TIDAK SANGGUP MELIHAT KELUKAAN LAGI...

No comments :